Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi 4


Rasanya macam dah lama betul tak menulis kan? Lately ni busy sangat kat tempat kerja, sampai tak sempat nak tulis apa apa. But today, Cik Lisa rasa nak kongsi pengalaman bercuti di Langkawi itu hari. Selama ni asyik dok nak bercuti kat luar negara je… this time around, rasa nak jugak jalan jalan kat negara sendiri! So, Cik Lisa dan mama pun decided why not kali ni kita ke Pulau Langkawi? And, that is why hari ni Cik Lisa nak cerita pengalaman seronok menetap di Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi.

 

The Coconut Beach Villa Langkawi… itulah nama tempat penginapan kami itu hari. Masa mula mula dengar nama tempat ni, dah rasa kagum dalam diri sendiri. Memang masa tu Cik Lisa tertanya berkali kali… beach villa? Selama ni Cik Lisa masih belum sampai lagi ke Bali. But everytime dengar the word Villa, mesti terus terbayang Bali, Indonesia! Tapi, bila dengar adanya Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi... mestilah rasa teruja nak tahu cemana rupa bentuknya! Kan?

 

Because of that, dua tiga hari sebelum nak berangkat… Cik Lisa dah tak senang duduk ke sana dan ke mari. Rasa seronok tu tak tahu nak kata cemana! So, bila sampai hari nak bertolak… boleh nak kata excited tak ingat dunia lah! Sapa tak teruja nak pi bercuti kan?

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

On that day, kami pilih AirAsia untuk flight ke sana. Alhamdulillah, masa perjalanan tak sampai sejam pun. Cuaca pun cantik masa we all tiba di Langkawi. Once we got there, terus jumpa orang car rental. Even before the trip lagi, kami dah book kereta siap siap. I think it’s the easiest, especially kalau nak jalan merata kan?

 

 

 

VILLA ALA BALI DI PULAU LANGKAWI – THE COCONUT BEACH VILLA LANGKAWI

Sebelum nak tiba ke destinasi, kami guna Waze untuk cari arah tuju nak ke mana. But unfortunately, tak biasa dengan jalan jalan kat sana kan? Sesat meraban lah jawabnya! Luckily we had the driver punya phone number, so we finally tiba kat tempat tu akhirnya! Sesampai je Cik Lisa kat sana, I was in awe!!! Because the place is awesome!!!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

PRIVATE BEACH

 

Masa baca tentang tempat ni, memang lah ada terbaca yang villa ni ada private beach nya sendiri. But I wouldn’t have thought it is so private that kita boleh kata;

 

Pantai ini ana sorang yang punya!

 

Biasanya, kalau kat tempat lain… walau pun di katanya private beachBut, at the end of the day mesti ada chalet atau rumah penginapan di kanan dan kiri kompaun kan? So, literally tak ada lah private beach nya pun sebenarnya. Apatah lagi those accommodation yang bertempat di kawasan yang padat. Macam Pantai Cenang ke, Pulau Perhentian ke… description location bukan main. But the actual fact, far from what we have expected kan?

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Tapi kat sini, Cik Lisa boleh guarantee yang awak memang akan alami rasa ala ala royalties. Memang ternyata ada pantai peribadi sendiri tau dan tak ada sapa nak datang kacau! And, kalau awak nak organize wedding, parties, gatherings… rasanya memang sesuai sangat lokasi The Coconut Beach Villa Langkawi ni!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

 

STAFF YANG SUPER FRIENDLY

 

Customer service memang penting bila nak cari the best accommodation kan? Apatah lagi bila kita nak duduk lama. Kalau setakat semalaman, tak kisah lah kot staff tempat tu rude cemana pun… but say, kalau nak duduk seminggu? Mahu tak haru biru dok bersua muka setiap masa?

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Cik Lisa bertuah sangat ada peluang menginap di Villa Ala Bali di Langkawi ni tau! Sejak dari mula Cik Lisa tiba hingga ke hari terakhir Cik Lisa kat sana… staff kat sini sangat helpful dan accommodating. Kan Cik Lisa ada cerita yang dari first day lagi Cik Lisa dah sesat meraban tak tahu jalan? So, Cik Lisa contact lah driver mereka minta bantuan. And the best part is, dengan senang hati dia bantu Cik Lisa tau! Siap pick up Cik Lisa kat tengah jalan lagi!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Besides that, the friendliness of the staff kat sana memang sangat comforting dan Cik Lisa tak rasa janggal sikit pun dengan mereka. To me, regardless the stars of the place… if customer service ke laut, then there is no way awak nak retain customer kan? So, BIG KUDOS kat The Coconut Beach Villa Langkawi ni… since their customer service is one of the best I have experienced so far!

 

 

VILLA ALA BALI DI PULAU LANGKAWI

 

Ini adalah antara the best bit of The Coconut Beach Villa Langkawi ni. Usually, kalau awak dah biasa ke Langkawi… mesti awak tahu yang mostly it’s either hotel mewah berkonsepkan resort or chalet bersusun kat tepian pantai kan? But, kalau awak pilih untuk booking penginapan di sini… guarantee tak menyesal tau!

 

Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi

 

Because ianya bukan lah berkonsepkan hotel mewah lima bintang. And, ianya jugak bukan lah chalet bersusun di tepian pantai. But it is a whole different concept altogether: lain dari yang lain! Macam yang Cik Lisa cerita tadi lah. Konsep Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi

 

Setiap kunci adalah untuk sebuah rumah. Rumah rumah kecil atau orang kata cul-de-sac (tersusun rapi dan sebelah menyebelah) dan berkelompok. But, awak tak perlu risau untuk ganggu jiran di rumah sebelah… sebab seperti pantainya, setiap rumah jugak ada privasi sendiri. Pendek kata, tak pernah sehari pun Cik Lisa rasa terganggu dengan jiran yang berdekatan.

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Besides that, although decoration dalam rumah adalah sangat minimal… awak tetap akan nampak konsep beach villa kat sini. Apatah lagi bila dari dalam bilik pun boleh dengar deruan ombak dari pantai. Wah, memang betul betul rasa tenang dan damai je setiap ketika tau!

 

Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi

 

 

LOKASI YANG STRATEGIK

 

Villa Ala Bali Di Langkawi ni cuma 5 minit dari Langkawi Airport. Besides that, pihak The Coconut Beach Villa Langkawi ni jugak ada sediakan airport shuttle. So, kalau awak masih ragu ragu tak tahu nak sewa kereta atau tidak… tak ada masalah pun sebenarnya. Because, sometimes some people bercuti untuk rehat dan relax di tepi pantai kan? And you can definitely do that here!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Apa nak fikir lagi? Private beach dah sememangnya tersedia… cuma book airport shuttle mereka dan awak dah tiba ke destinasi idaman hati! Betul kan?

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Selain tu, Pantai Cenang pun cuma 10 minutes drive je dari lokasi. Kalau tak berniat nak sewa kereta, perkhidmatan GrabCar pun ada kat Langkawi ni. So, everything is available semudah 1,2 dan 3 je tau! And let’s say lah, awak kurang bernasib baik macam Cik Lisa itu hari. The second and third day I was there… hujan turun tak henti henti. Jadi, mesti awak rasa susah nak ke mana mana. Lagi lagi bila perut berkeroncong sakan minta diisi.

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Tak perlu risau nak cari transport atau gusar nak cari tempat makan kat sana. Sebabnya dalam kompaun yang sama ada sebuah restoran Arab. So, obviously… tak ada masalah lagi kan? And, although main dish kat sini adalah masakan Arab macam nasi mandy, kebab and whatnots… mereka jugak ada sediakan masakan melayu. Pendek kata, all sorted lah!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

 

KAWASAN YANG LUAS

 

Another awesome thing kat sini adalah kompaun villa yang terbentang luas! Dah lah ada pantai peribadi (private beach) sendiri… Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi ni jugak sangat besar kawasan dia. So, masalah parking kereta sewa awak tu memang tak ada masalah. Bukan macam tempat penginapan di Pantai Cenang yang sempit tu tau! If tak silap, kawasan parking kat sana boleh masuk dalam 10-15 kereta rasanya. Besar kan?!

 

Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi

 

And, if you are looking for a spacious compound untuk event? Family day ke, team building or anything like that… I think this is the best place not to be missed! It is so much worth it!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

 

 

VILLA ALA BALI DI PULAU LANGKAWI – PILIHAN BILIK YANG MENARIK

 

Kat sini ada macam macam jenis bilik yang menarik. Mainly, ada tiga pilihan untuk awak buat keputusan: Sea View, Garden View dan Pool View. Masa Cik Lisa kat sana, Cik Lisa berpeluang untuk duduk di Sea View Room. Bilik pilihan yang ini sangat menarik since it is overlooking the sea, hence it is called Sea View? 

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

 

SEA VIEW

 

And, ianya bukan sekadar chalet yang biasa… sebab usually Sea View chalet memang lah mengadap ke arah laut. But then again, that is it lah kan? But dengan Sea View dari Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi ni… bilik awak dilengkapi garden terrace. Ada kerusi dan meja siap! Boleh duduk menghirup angin laut sepoi sepoi bahasa okeh? Hoih, amazing experience altogether!

 

Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi

 

 

GARDEN VIEW

 

Like the name it is, Garden View unit ni merupakan unit di taman. Konsep yang sepatutnya adalah nak buat guest rasa seperti berada dalam taman! But sadly, based on my observation… maybe pihak villa boleh tanam lebih banyak bunga kat Garden View unit ni. Because, at the moment Cik Lisa rasa ianya nampak macam rumah biasa je.

 

Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi

 

Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi

 

 

POOL VIEW

 

Likewise, unit yang ini dah tentunya seperti nama yang tertera kan? Did I not mention yang kat sini jugak ada sebuah kolam renang yang sangat panjang dan besar? Kalau diikutkan, nak jugak Cik Lisa spend sejam dua dalam kolam. But itu lah dia… masa suntuk sangat. Pool View unit ni agak cantik dan menarik. Berbeza dengan Sea View unit, Pool View unit sememangnya mengadap ke arah kolam renang tu tau!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

 

 

VILLA ALA BALI DI PULAU LANGKAWI – TEMPAT PENGINAPAN PILIHAN

 

Selama 3 hari 2 malam Cik Lisa di sana, boleh dikatakan secara keseluruhan Cik Lisa amat puas hati. Setiap aspek yang Cik Lisa dah kongsi tadi… memang has been amongst the best traits of The Coconut Beach Villa Langkawi ni. But, tak semua tempat tu perfect segala galanya kan?

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Tapi untuk Cik Lisa sendiri, kalau awak sedang cari tempat untuk relax dan tenangkan fikiran… YES, this is the place you are looking for! And, kalau awak nak cari tempat yang luas dan selesa untuk aktiviti bergembira? Well, this is the place for you too. So, apa yang Cik Lisa nak sampaikan adalah… Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi ni adalah yang terbaik untuk semua. Tak kira apa yang awak cari selama ni, InshaAllah pihak The Coconut Beach Villa Langkawi ni mampu merealisasikannya!

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

Jadi, Cik Lisa amat menggalakkan awak untuk cuba sendiri untuk ke sana dan experience it yourself! Dan Cik Lisa boleh guarantee yang awak akan sukakannya… sama macam girangnya Cik Lisa sepanjang masa Cik Lisa kat sana.

 

So, rasanya sampai sini saja untuk hari ini. Nanti Cik Lisa akan kongsi cerita dengan awak lagi, okay? And, before Cik Lisa nak undur diri, Cik Lisa nak ucapkan thank you untuk pihak The Coconut Beach Villa Langkawi sebab sudi nak melayan Cik Lisa sepanjang Cik Lisa berada kat sana. You guys are awesome and Cik Lisa pastinya akan kembali ke sana lagi.

 

Sampai jumpa lagi dalam my next blog entry lepas ni, okay?

 

The Coconut Beach Villa Langkawi

 

 


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 thoughts on “Villa Ala Bali Di Pulau Langkawi