Rawatan Laser Pico Nano: Kisah Indah Di Premier Clinic   Recently updated !


Hari ni Cik Lisa nak cerita tentang Rawatan Laser Pico Nano di Premier Clinic. Anyway, ada yang dah pernah ke sana ke? Selepas selesai sesi pertama, Cik Lisa memang tak ragu ragu lagi nak bercerita. Nak kasi tahu, kalau before ni awak ada dengar cerita tentang Premier Clinic kan? So, hari ni meh sini Cik Lisa nak sahkannya. And, memang tak syak lagi yang Premier Clinic ni adalah antara pusat kecantikan yang terbaik kat negara kita tau. Ini based on Kisah Indah Di Premier Clinic Cik Lisa sendiri. Ha, nak tahu dak?

 

Premier Clinic Review

 

 

 

RAWATAN LASER PICO NANO: KISAH INDAH DI PREMIER CLINIC

 

So, macam yang awak tahu… Cik Lisa ni dah nak masuk 38 tahun bulan Jun akan datang ni. Obviously, kita bukanlah muda macam awak kat luar sana tu. But, regardless berapa pun usia kita… kulit dan wajah yang cantik mesti nak maintain dan jaga. Takkan lah lepas dah masuk 30-an, kita nak kena biarkan gitu je? Or asalkan cuci muka dengan sabun hari hari pun dah enough ke? Atau biarkan ianya kusam dan bercapuk pun tak apa? Well, mesti awak tak mahu camtu kan? Likewise, Cik Lisa pun sama lah kan!

 

 

PREMIER CLINIC: PUSAT KECANTIKAN YANG TERKENAL DI KL

 

Bila sebut je nama Premier Clinic, mesti semua dah tahu track record mereka ni. Pusat kecantikan mereka ada kat mana mana je kat ibukota ni kan. So, bila kita dengar nama Premier Clinic ni, mesti rasa teruja giler nak pegi sana. Ini lah reaksi yang sama Cik Lisa terima bila dapat invitation untuk sesi rawatan kat Premier Clinic Mont Kiara ni tau!

 

Premier Clinic Review

 

 

PREMIER CLINIC MONT KIARA

 

But, before anything else... kita mesti nak tahu apa masalah utama kulit kita. So, visit pertama Cik Lisa kat sana disambut baik oleh beautician di Premier Clinic Mont Kiara ni. Since ada customer yang masih ada lagi, Cik Lisa kena tunggu kat sofa waiting hall mereka. Tak sampai beberapa minit, dah ada orang attend Cik Lisa. Then, Cik Lisa dibawa masuk ke bilik doktor. And, kat sini lah Cik Lisa dikenalkan dengan Dr. Foo Wing Jian.

 

Premier Clinic Review

 

Dalam sesi konsultasi bersama Dr. Foo, mula mula dia cerita tentang mesin terbaru mereka: Fotona Starwalker MaQX. Ini adalah mesin untuk Rawatan Laser Pico Nano tu lah. Dr. Foo bercerita lagi;

 

 

Biasanya, Rawatan Laser cuma ada Rawatan Laser Nano atau Rawatan Laser Pico. But, kami di sini ada teknik terbaru yang menggabungkan dua jenis laser ni: Laser Nano dan Laser Pico dalam satu mesin rawatan untuk berikan kesan yang lebih baik untuk customer kami! Ini adalah kaedah yang terbaru di pasaran untuk sesi rawatan kecantikan aesthetic dalam dan luar negara.

 

 

 

 

Premier Clinic Review

 

Hoih, bila Cik Lisa dengar je kata kata Dr. Foo tu… makin tak sabar lah Cik Lisa nak mula! And, obviously semua orang pun akan rasa yang sama. Kan? But, apa kelebihan Rawatan Laser Pico Nano ni berbanding dengan yang dah lama ada kat pasaran tu?

 

 

 

RAWATAN LASER PICO NANO EKSKLUSIF DI PREMIER CLINIC

 

So, bila Cik Lisa dah pot pet beria tentang Rawatan Laser Pico Nano eksklusif di Premier Clinic ni. But, mesti awak tertanya tanya apa sebenarnya cerita or kelebihan di sebaliknya kan? Because of that, here I am. Nak cerita kat awak in details apa dia sebenarnya kelebihan Rawatan Laser Pico Nano yang Cik Lisa terima kat Premier Clinic Mont Kiara ni, okay?

 

Macam yang Cik Lisa kata tadi, before ni kita asyik dengan Rawatan Laser Pico. Or, simply as Rawatan Laser Nano je kan? But, di Premier Clinic ni, mereka guna kaedah terbaru di pasaran tau. Tak semua pusat rawatan kecantikan kat luar sana tu ada method terbaru ni tau!

 

 

LASER NANO

 

If we are talking about Laser Nano, ini adalah teknik rawatan aesthetic yang menggunakan teknologi nano dengan cara cahaya laser yang dipancarkan kat kulit wajah kita. Kalau nak tahu, Rawatan Laser Nano ni cuma gunakan tembakan laser nano kat muka kita. Makin lama, makin tinggi suhu tembakan laser nano tu kat muka kita ni. And, dengan suhu yang tinggi tu lah mampu untuk penetrate deeper in our skin. Kalau nak tahu, Laser Nano ni bergantung pada tindakan fototerapi, memberikan haba kepada pigmen dan tisu sekeliling.

 

Premier Clinic Review

 

So, sebab tu lah dengan cara teknologi nano ni kita mampu cerahkan wajah, kurangkan jeragat dan jugak cantikkan muka kita keseluruhannya tau! And, kalau nak tahu… Rawatan Laser Nano ni jugak mampu bantu nak hilangkan tattoo, okay! Hebat kan?

 

 

RAWATAN LASER PICO

 

And, Laser Pico pulak adalah yang lebih advance lagi as compared to Laser Nano tu. Since Rawatan Laser Pico ni menggunakan denyut nadi yang lebih pendek dari Laser Nano. Berbeza dengan Laser Nano, Laser Pico dengan nadi yang pendek (ultra short pulse duration) boleh cetuskan kesan fotomekanikal. Apa maksudnya tu?

 

Premier Clinic Review

 

Ini bermakna, ianya mampu berikan kesan yang lebih hebat lagi dari Laser Nano. So, that means... semua kelebihan yang ada pada Laser Nano adalah berkali ganda hasilnya dengan Laser Pico tau! Sebab tu Cik Lisa bagitahu yang ianya adalah teknik yang lebih advance dari Laser Nano, because it is! Instead of ia pecahkan kepada ketulan yang besar kepada serpihan yang kecil kecil tu okay?

 

Premier Clinic Review

 

 

RAWATAN LASER PICO NANO

 

So, now here comes the best bit! Cik Lisa nak cerita pulak apa agaknya Rawatan Laser Pico Nano ni. Memang lah obvious yang it is a combined method between Pico and Nano Laser kan? But, what it is about actually?

 

Rawatan Laser Pico Nano kat Premier Clinic ni menggunakan mesin terbaru Fotona Starwalker MaQX. Ia dilengkapi dengan teknologi yang terbaru iaitu Adaptive Structured Pulse (ASP). Besides that, ianya menggabungkan pelbagai tempoh nadi (Pico dan Nano) untuk hasil yang lebih baik.

 

Premier Clinic Review

 

And, dengan adanya Laser Pico yang mempunyai denyut nadi (laser) yang pantas, impak fotomekanikal pun terhasil. So, ianya mampu memecahkan sasaran kulit kecil tanpa kecederaan di keliling kulit kita tu. Because of that lah kulit tak terasa sakit bila kita jalani rawatan ni. Cuma rasa semut semut kecil kat atas muka je. Sakit, sikit pun takkk!

 

 

BEZA DI ANTARA RAWATAN LASER PICO NANO DAN RAWATAN LASER TRADISIONAL

 

So, kat bawah ni Cik Lisa nak share perbezaan di antara Rawatan Laser Pico Nano dan Rawatan Laser Traditional yang dah lama ada kat luar sana tu.

 

Premier Clinic Review

 

 

 

PENGALAMAN CIK LISA DI PREMIER CLINIC MONT KIARA

 

ENVIRONMENT YANG TERANG DAN POSITIF

 

So, bila Cik Lisa kat Premier Clinic ni… first thing yang Cik Lisa amazed dan impressed is how the clinic looks like! Typically, spa or facial centre mesti akan kelihatan so gloomy or ada sorang dua je kat kaunter kan? But, this is not the case with Premier Clinic ni obviously! Premier Clinic Mont Kiara ni terletak kat deretan shop lots depan Solaris Mont Kiara. Parking agak susah lah jugak, but I chose to park kat basement parking Solaris. So, no big deal kan?

 

Premier Clinic Review

 

And, sampai je depan klinik ni, wah… cantik lah sebab from outside pun dah nampak how clean dan teratur Premier Clinic ni. The sofa semuanya gunakan colour yang cerah dan terang, which made me feel so welcome! Besides that, ada beberapa beautician masa tu kat kaunter. Mereka sangat ceria, friendly dan tak lokek dengan senyuman. As in for me; customer service memang tip top kat sini! Because of that, I don’t feel awkward at all although ni baru first time jejak kaki dalam Premier Clinic ni, okay?

 

Premier Clinic Review

 

 

SESI KONSULTASI YANG TELITI

 

Few minutes kat luar tu, turn Cik Lisa pun sampai. So, Cik Lisa dibawa masuk ke bilik doktor and that is when I was introduced to Dr. Foo. Basically, Dr. Foo bagi penerangan yang lengkap tentang Rawatan Laser Pico Nano dan apa jenis masalah kulit yang boleh dirawat oleh teknik Laser Pico Nano ni. Apa yang Cik Lisa paling suka sekali adalah information yang Cik Lisa gathered from the discussion. It was very detailed and dari tak tahu apa, banyak yang Cik Lisa belajar hari tu.

 

 

 

Specifically, kulit Cik Lisa tak ada masalah yang serius. But, biasalah di umur late 30s ni… ada kesan parut jerawat lama, kulit muka tak sekata (sebab tak rajin nak tepek sunscreen kan?) and also, liang pori yang besar. So, according to Dr. Foo kita akan tangani masalah ni dengan Rawatan Laser Pico Nano ni lah. Excited betul Cik Lisa dengar kata kata Dr. Foo ni tau!

 

 

BILIK RAWATAN YANG KEMAS DAN MINIMALIST

 

Selesai sesi konsultasi, Cik Lisa dibawa pulak ke bilik rawatan. Kat sini lah Cik Lisa akan diberikan Rawatan Laser Pico Nano yang Dr. Foo ceritakan tadi tu. Beautician kat situ terangkan tentang proses yang akan dijalankan. And, kat sini jugak Cik Lisa diberi satu corner dan bakul yang cantik untuk letak handbag, tudung dan segala macam yang Cik Lisa bawa. Sebelum nak mula, beautician tadi ajak Cik Lisa ke bilik fotografi dulu actually. Since we have to see if there’s any improvement on my skin kan?

 

Premier Clinic Review

 

So, photoshoot pun bermula lah. Dia ambil gambar Cik Lisa dari setiap sisi. Because this is how we can see if ada improvement ke tak lepas sesi Rawatan Laser Pico Nano tu nanti. Bagi Cik Lisa, Premier Clinic ni memang betul betul rapi setiap prosedur mereka tu! Sebab Cik Lisa tak sangka pulak yang mereka ada bilik special hanya untuk sesi fotografi ni! Amazing kan?

 

 

SERVIS RAWATAN YANG PROFESSIONAL

 

Before sesi rawatan nak mula, beautician tadi sapu krim kebas kat muka Cik Lisa ni. Lepas tu, dibiarkan sementara dalam 15-20 minit since nak make sure yang pipi pau Cik Lisa ni cukup kebas katanya. Although treatment tu sepatutnya tak sakit sikit pun, but since this is my first time ever buat laser treatment kat muka kan? So, Dr. Foo suggest untuk sapu jugak sikit krim kebas tu. Bukan apa, takut Cik Lisa tak biasa… kang tak pasal ngada nak meronta ronta!

 

Premier Clinic Review

 

And, tak lama lepas tu… Dr. Foo pun masuk dengan seorang lagi beautician yang ada. Dalam pada Dr. Foo nak mulakan treatment tu, dia pun explain lagi apa yang dia akan buat sepanjang tempoh rawatan dijalankan. Mula mula tu, cuak jugak rasa di dada. Maklumlah, ini memang first time Cik Lisa buat laser treatment kan? Mana tak cuak bila the fact that kita tahu yang laser akan ditembak kat muka kita?

 

 

Bila Dr. Foo dah sedia nak mulakan, dia pun acukan alat rawatan laser tu kat muka Cik Lisa. But, bila sesi rawatan dah mula tu Cik Lisa memang tak nampak apa dah. Sebab beautician tu dah tutup mata Cik Lisa untuk safety purposes. Tapi, Cik Lisa tahu lah Dr. Foo dah mula, sebab mesin rawatan tu dah berbunyi kan?

 

 

LANGSUNG TAK RASA SAKIT!

 

Bila kita dengar ‘rawatan laser‘, mesti kita akan rasa tak senang duduk nak pikir kan? Sama lah dengan Cik Lisa hari tu, but Cik Lisa kuatkan semangat lah jugak. Terkejut betul rasa bila sikit pun tak rasa sakit! Rasa macam tak percaya, but this is the truth! And the best bit is, beautician dan Dr. Foo memang betul betul nak pastikan kita selesa sepanjang tempoh rawatan. Di awal rawatan kan, mereka akan tanya Cik Lisa okay ke tak. And they were repeatedly checking on me making sure that Cik Lisa rasa comfortable setiap masa rawatan dijalankan!

 

 

 

So, macamana rasa laser di muka kita?

 

Premier Clinic Review

 

Well, fair to say that rasa dia macam ala ala ada semut merayap kat muka. Yes, betul tu. Langsung tak rasa sakit tau! Cuma rasa ada something is crawling on your face – in a good way! Rasa macam geli geli je actually, but honestly sikit pun tak sakit! Surprised tak? I did and Cik Lisa rasa terkejut yang sikit pun tak rasa sakit.

 

Premier Clinic Review

 

 

 

FUNGSI RAWATAN LASER PICO NANO

 

So, apa fungsi Rawatan Laser Pico Nano ni sebenarnya? Meaning, apa agaknya masalah kulit yang boleh kita hadapi dengan rawatan ni actually? Well, ni antara information yang sempat Cik Lisa kumpul untuk awak ketahui:

 

 

PIGMENTASI KULIT

 

Sekarang ni asyik panas sepanjang masa kan? And, sinaran matahari tu tak berapa baik untuk kita sebenarnya. Apatah lagi sinaran UV yang makin kuat sekarang ni. Makin menjadi jadi bila kita ni malas nak pakai sunscreen kan? So, sekejap je kulit kita dah rosak. And, it is so easy untuk kulit terbakar gitu je tau. Therefore, if it did… boleh lelaju baca entri 7 Tips Atasi Kulit Yang Terbakar Sinar Matahari

 

Mudah sangat nak ada isu pigmentasi kulit. Sebab tu lah kita asyik alami masalah tona kulit tak sekata, pigmentasi yang menjadi jadi, bercapuk merata. Itu semua falls under category: pigmentasi kulit.

 

Premier Clinic Review

 

 

KESAN JERAWAT BARU DAN LAMA

 

Tak tahu orang lain cemana, but Cik Lisa memang ada masalah ni dah lama. Ada parut jerawat dahulu kala penuh kat muka, so tak ada lah kulit wajah yang porselin macam gadis cantik Korea tu. Therefore, Rawatan Laser Pico Nano ni antara rawatan yang boleh kembalikan semula kulit muka kita masa muda muda dulu tau!

 

Bukan tu je, but rawatan ni jugak boleh rawat jerawat yang baru dan muncul tiba tiba. Ha, so sesapa yang macam Cik Lisa ni… elok lah opt for this treatment! Lagi lagi with the fact that sikit pun tak sakit! Bukan senang nak cari treatment yang senang dan santai camni kan?

 

Premier Clinic Review

 

 

HILANGKAN KESAN TATTOO DI BADAN

 

Kalau tengok tv cerita mat salleh, ada je watak mereka yang buat tattoo sempena nama boyfriend or girlfriend memasing kan? But then, bila dah break up… ha sudah! Nama ex terpalit kat lengan or backside kita tu, ye dak? Katanya till death do us apart, but if dah break up takkan lah nak biar camtu je kan?

 

Now, sesapa yang ada tattoo tapi dah rasa tak perlukan lagi semua tu? Boleh lah datang ke Premier Clinic ni jugak, okay? Since the machine untuk Rawatan Laser Pico Nano tu jugak boleh hilangkan kesan tattoo di badan jugak tau! How cool is that? So, tak perlu nak rasa tertekan sorang sorang sebab ada tattoo yang dah tak mahu di badan tu.

Premier Clinic Review

 

 

ANTARA KES BEFORE AND AFTER SESI RAWATAN DI PREMIER CLINIC

 

So, kat sini Cik Lisa nak share jugak antara beberapa kes before and after patient Premier Clinic yang berkaitan. Once Cik Lisa tahu pasal ni kan, I was so amazed! Hebat kan? And, boleh tengok lagi before and after photos di Premier Clinic, okay?

 

Premier Clinic Review

 

Premier Clinic Review

 

 

 

KLINIK AESTHETIC PREMIER CLINIC DI MALAYSIA

 

Besides Rawatan Laser Pico Nano, Premier Clinic ni jugak ada sediakan rawatan aesthetic yang lain. Ini semua bergantung pada keinginan awak untuk rawat masalah kulit yang memana. And, bagi Cik Lisa servis mereka memang terbaik. Because doktor dan beautician mereka are so accommodating. That’s why, memang awak tak perlu risau nak rasa canggung (awkward) pun kat sana tu nanti.

 

And, kalau berminat nak turut serta buat laser treatment yang Cik Lisa jalani itu hari (or any other treatments yang mereka sediakan), boleh contact Premier Clinic di memana kawasan berdekatan dengan awak hari ni:

 

Premier Clinic Review

 

Premier Clinic Review

 

Premier Clinic Review

 

Premier Clinic Review

 

Premier Clinic Review

 

So, pendek kata… Cik Lisa berpuashati dengan servis dan treatment yang Cik Lisa terima di Premier Clinic ni tau. And, sempena nak raya tak lama lagi ni… ini lah masa yang sesuai untuk awak pi visit klinik aesthetic yang terkemuka ni. Based on experience Cik Lisa sendiri kan? It is well worth recommending! Cuba lah hari ini, okay?

 

And, Cik Lisa share kat bawah ni jugak apa rasa hati Cik Lisa untuk overall service dari Premier Clinic ni. And with that, I guess that is all for now. Nanti kita jumpa lagi in my next entry, okay? Bye! Xx

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *