Eat Thai Visit Thailand 2019: Apa Tunggu Lagi?


Awak masih tak tahu lagi nak buat apa hujung minggu ni? Apa kata awak ke mana mana cawangan restoran Mr. Tuk Tuk di Kuala Lumpur ni. But, why? Because, Tourism Authority of Thailand (TAT) baru je melancarkan kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 semalam dengan beberapa restoran Thai yang terpilih di KL ni. And, guess what? Mr. Tuk Tuk is one of them tau!

 

Amazing Thailand

Hello, awak! Syok tau kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 ni!

 

 

 

EAT THAI VISIT THAILAND 2019: PERNAH JEJAK KAKI KE SANA?

 

Anyway, ada yang dah pernah pegi Thailand sebelum ni? And, although masih ada yang belum berkesempatan… but, mesti dah familiar dengan Thai food kan? Ada cukup campuran yang pelbagai rasa. Masam, manis dan pedas. Memang lengkap untuk setiap suapan kan? And, kalau kita cerita tentang tempat tempat menarik di sana? Confirmed ramai yang dah tahu, especially yang memang kaki travel ke sana ke mari. Betul kan?

 

Amazing Thailand

Cantik kan?

 

Usually, as a matter of fact: places to go dan tempat best nak makan adalah dua perkara penting nak ambil tahu bila kita pegi travel kan? After all, bagi kita dua ni je lah yang important untuk kenal negara tu. So, we missed out the chance to actually, getting to know the place in deep. Since kita asyik fokus hanya untuk tempat tu dan makan semata mata.

 

 

 

“MEMBUKA LEMBARAN BARU”

 

So, sebab tu TAT ambil langkah untuk memperkenalkan Thailand dengan konsep yang baru. Ini selari dengan kempen “Membuka Lembaran Baru” (Open to the New Shades) dalam Amazing Thailand. Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 ni ternyata berbeza dari yang sebelum ni. Because, ia tak biarkan kita untuk hanya fokus tentang tempat dan makanan yang menarik kat sana.

 

Amazing Thailand

 

But, it allows us to experience Thailand melalui 5 perspektif yang berlainan tau! Selain dari Gastronomi (makanan); Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Cara Hidup Thai adalah di antara cara baru untuk kita kenal Thailand. And, dengan cara ni… pelancong akan lebih mengenali Thailand dan mungkin akan ada repeat visits lagi dan lagi kan?

 

 

 

EAT THAI VISIT THAILAND 2019 – MR. TUK TUK IN MALAYSIA

 

So, macam yang Cik Lisa cerita dari awal tadi… Mr. Tuk Tuk adalah di antara beberapa restoran Thai yang dipilih oleh TAT untuk sesi collaboration bersama ni. And, sempena pelancaran kempen Eat Thai Visit Thailand 2019; Mr. Tuk Tuk buat sesi special untuk pihak media dan blogger di hari yang sama (20 Mac 2019). And, Cik Lisa turut sama dijemput untuk meraikan majlis ni. Honestly, Cik Lisa riang hati dapat invitation ke sini. I am very honoured. 

 

Amazing Thailand

Antara blogger yang hadir 🙂 Busy dengan phone masing masing untuk Insta Contest hari tu. Haha.

 

 

SESI SPECIAL BERSAMA PIHAK MEDIA DAN BLOGGER

 

And, while we were there for the launching of the campaign Eat Thai Visit Thailand 2019, bermacam sesi disediakan untuk kami. Memang rasa terhutang budi sangat dengan pihak Mr. Tuk Tuk dan TAT. Selain dari dijamu menu baru untuk kempen Eat Thai Visit Thailand 2019, Mr. Tuk Tuk turut sama buat contest Instagram posting tau!

 

Masa event pelancaran tu, Mr. Tuk Tuk mintak we all share photos of the event dan foto yang paling menarik dan unik akan dapat hadiah yang dah disediakan. Ada luggage bag dan 2 handbags (Thai made). At that point of time, hoih… Cik Lisa dok aim luggage bag. Maklumlah, Cik Lisa kan suka travel? But, masa tu Cik Lisa tak rasa pun ada peluang nak menang. Of course, jarang sekali nak menang – lucky draw pun susah nak menang, okay?

 

Amazing Thailand

 

But, surprisingly… hey I won myself a third prize tau! Handbag Thai made… so cantik sampai Cik Lisa terus jatuh hati. Cantik kan? And, awak pun ada peluang untuk menang handbag yang sama macam ni jugak tau! Thank you untuk pihak Mr. Tuk Tuk, TAT dan mereka yang terlibat direct and indirectly untuk event ni. Cik Lisa betul terharu dan berterima kasih dari isi hati ni. Thank you tau!

 

Amazing Thailand

Weehooo! See? I got a present! 🙂

 

 

 

 

MENU BARU SEMPENA KEMPEN EAT THAI VISIT THAILAND 2019

 

Moreover, kalau nak tahu, sempena Eat Thai Visit Thailand 2019 ni… TAT dah pun pilih untuk bekerjasama dengan kesemua 8 cawangan Mr. Tuk Tuk di Malaysia tau! And, Mr. Tuk Tuk jugak dah sediakan beberapa menu baru untuk meraikan kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 ni sekali. Masa launching kempen ni hari tu… Cik Lisa dapat peluang untuk rasa kesemuanya! OMG, sedapnya setiap rasa yang ada!

 

For instance; antara menu baru di Mr. Tuk Tuk sempena Eat Thai Visit Thailand 2019 adalah:

 

Amazing Thailand

Photo credit: me. Tofu and Basil Leaves.

 

 

Amazing Thailand

Thai Otak Otak

 

 

Amazing Thailand

Thai Fresh Oyster with Lime Sauce

 

 

Amazing Thailand

Photo credit: me. Thai Prawn Salad with Lemon Grass

 

 

Amazing Thailand

Photo credit: me. Thai Pumpkin Custard. Superyum! Ni favourite Cik Lisa.

 

 

Amazing Thailand

Photo credit: me. Iced Lemongrass Tea with Crispy Water Chestnut Pearls

 

And, awak nak tahu? Thailand kan terkenal dengan deretan street food mereka? Alaa… for instance; macam kerabu mangga, desserts yang manis dan enak. So you know; Mr. Tuk Tuk adalah di antara salah satu restoran Thai di Malaysia yang mampu nak cater to our tastebuds rasa ala Thai tu tau! Therefore, if awak singgah makan di sini, mesti awak faham apa yang Cik Lisa cakap ni.

 

 

 

“MAKANAN SATUKAN RAKYAT DAN KELUARGA”

 

Amazing Thailand

Opening speech oleh Encik Ahmad Mad-Adam (Pengarah TAT Kuala Lumpur)

 

Likewise, macam kata Pengarah TAT (Kuala Lumpur); Encik Ahmad Mad-Adam;

 

Makanan Thai bukan sekadar satu sajian, sebaliknya ia adalah satu keterujaan yang seumur hidup. Ia umpama kisah cinta yang telah berakar umbi dalam budaya negara itu dan paling penting, dalam keluarga. Kami percaya ia sama juga di Malaysia, yang mana masyarakatnya sangat suka makan dan makanan menyatukan rakyat. Ramai pelancong Malaysia yang melawat Thailand dengan tujuan untuk merasai makanan Thai.

 

 

Amazing Thailand

Ucapan dari founder Mr. Tuk Tuk: Mr. Ken Leong

 

Meanwhile, kita sendiri tahu yang makanan Thai ada pelbagai macam kan? And, ianya bermula dari street food, fine dining dan restoran bertaraf antarabangsa (MICHELIN). And, dalam usaha tingkatkan kempen Eat Thai Visit Thailand 2019… TAT berusaha gigih untuk menaikkan taraf makanan mereka di serata Thailand. Most importantly, sekarang dah mudah nak dapatkan makanan Halal kat sana tau!

 

Amazing Thailand

 

 

 

HADIAH ISTIMEWA UNTUK CUSTOMER MR. TUK TUK

 

Well, here comes the best part! Besides menu baru yang diperkenalkan di Mr. Tuk Tuk, customer pun berpeluang untuk menang! Because, sepanjang tempoh kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 ni, setiap customer yang spend RM 50 dalam satu resit… mereka terus ada chance untuk menang pelbagai hadiah tau!

 

And, antara hadiah yang Mr. Tuk Tuk sediakan untuk customer mereka adalah:

 

Lawatan PERCUMA ke Bangkok (termasuk penginapan hotel untuk 3 hari dan 2 malam untuk 2 orang)

5 x bag beroda (luggage bag)

10 x bag tangan (handbag)

4 x baucer makanan Mr. Tuk Tuk

 

And, menarik bukan? So, apa yang awak tunggu lagi? Cik Lisa nasihatkan… kalau awak tak tahu nak buat apa hujung minggu. Awak boleh bawa kawan kawan, keluarga mahu pun saudara mara yang ada. Boleh rasa makanan Thai yang authentic sama sama kan? Awak tak akan menyesal lah, certainly! Memang sedap makanan yang disajikan Mr. Tuk Tuk ni! Boleh makan sedap, while at the same time boleh menang hadiah. Seronok kan?

 

 

 

EAT THAI VISIT THAILAND 2019 – ANTARA TEMPAT MENARIK YANG BARU UNTUK DILAWATI

 

Biasanya, kalau sebut nak travel ke Thailand… kita cuma tahu Chiangmai atau pulau pulau di kepulauan di sana kan? For example; Phuket Island, Phi Phi Island, Krabi Island and banyak lagi. But, sempena kempen Eat Thai Visit Thailand 2019TAT turut sama memperkenalkan dua tempat baru di Thailand. Ini adalah dua tempat yang mungkin kita belum tahu, but once we pegi sana… mesti nak repeat lagi!

 

 

CHIANG RAI – BOON RAWD FARM

 

Boon Rawd Farm adalah sebuah kebun teh yang besar dan menarik. And, ianya bukan sebuah cityscape semata mata. Ia lebih kepada tempat kat mana kita boleh connect with nature. Tak semestinya bila nak travel, kita masih nak cari shopping mall di mana mana. But, bila kita lawat Boon Rawd Farm ni kita akan rasa tenang, relax dan happy lepas ni.

 

Amazing Thailand

Seronok kan kalau kita dapat ke sana? Ini lah Chiang Rai tu tau.

 

Dalam Boon Rawd Farm ni, kita boleh pilih sama ada nak jalan kaki, sewa basikal ataupun naik servis tram yang tersedia. Luas kawasan kat sini… kalau jalan kaki mungkin tak sempat nak cover the whole area!

 

 

PRACHUAP KIRI KHAN – VANA NAVA HUA HIN WATER PARK

 

And, this one is interesting! Vana Nava Hua Hin ni pulak adalah sebuah taman tema air tau! Alaa… ni macam Sunway Lagoon kat negara kita. Mulanya, kawasan ni adalah plot tanah biasa. But, untuk menaikkan taraf dan lawatan pelancong dari luar negara… negara Thailand dah awal awal lagi developed this area untuk jadikan satu tumpuan pelancong. Pihak Thailand dah berusaha gigih untuk merubah sebuah plot kosong kepada sebuah Water Jungle yang sangat hebat. Sebab tu sekarang ni, Vana Nava Hua Hin Water Park dah terkenal as one of the places to visit bila buat trip ke Thailand. Syok kan?

 

Eat Thai Visit Thailand 2019

Taman tema air di Thailand!

 

Kawasan Vana Nava Hua Hin ni luas tau! This place is approximately 3.2 hectares. Macam taman tema air yang lain, Vana Nava Hua Hin ni ada fun slides, signature rides, exciting slides, as well as Thailand’s First Professional Underwater StudioAnd, kalau nak tahu… masa sedang developed hari tu… mereka siap transfer pokok pokok dari sekitar Thailand untuk jadikan Vana Nava Hua Hin sebuah Water Jungle yang tiada tandingan!

 

 

 

EAT THAI VISIT THAILAND 2019 – JOM KITA KE MR. TUK TUK HARI INI!

 

So, apa tunggu lagi? Cik Lisa sarankan sangat untuk awak ambil peluang untuk menang! Alang alang kita isi perut dengan makanan yang sedap dan menyelerakan. Harga makanan di Mr. Tuk Tuk ni pun affordable dan setiap orang pun boleh cuba dan rasa. And, bukan selalu kita nak ada chance untuk menang hadiah menarik cam ni kan?

 

Amazing Thailand

Photo credit: me. Ini makanan yang paling syok skali. Kita kena balut all these ingredients dengan kulit salad. Sedap tau! Ada garlic, cili api and yang tengah tu is kacang with chewy feeling. So yummy!

 

Cuma perlu spend RM 50 dalam satu resit je tau! Jangan lepaskan chance ni, since the contest cuma hingga 30 April 2019 ni tau! Awak tak perlu susah susah dan beli beratus ribu untuk menang hadiah tu. Kalau Cik Lisa pun boleh menang, haih… Cik Lisa rasa awak lagi ada lebih peluang!

 

Amazing Thailand

Photo credit: me. Then, letak pulak daun corriander ni dulu before nak balut tau!

 

Amazing Thailand

Photo credit: me. Anddd… tadaaa!!! Dah balut cantik. This is before I shoved it into my mouth in one go and jatuh bersepai kiri kanan mulut okeh? Haha.

 

Nanti, bila dah ke sana… jemput lah kongsi cerita dengan Cik Lisa okay? Cik Lisa pun nak tahu jugak apa pandangan awak tentang makanan di Mr. Tuk Tuk di Malaysia ni. And, especially their new added menu. Personally, Cik Lisa suka semuanya. But, awak cemana?

 

 

Amazing Thailand

Cantik kan handbag Cik Lisa ni?

 

So, I guess that is all for now. Nanti ada masa Cik Lisa sambung lagi, okay? Bye.

 

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *