Travel Ke Jepun: Tips Untuk “First Timer” Ke Sana 2


Semua orang ada passion yang tersendiri kan? Benda yang kita suka nak buat dan tentunya yang buat kita gembira. For me, Cik Lisa suka benar nak travel ke sana ke mari. This has always been my passion ever since. Maybe, sejak Cik Lisa mula kerja oversea years back. But, if travel adalah passion yang kita idamkan… we have to work hard for it! Bukan cuma tunggu duit datang bergolek kan? So, that is why Cik Lisa dok kerja sakan seharian. Then, sebab tu jugak Cik Lisa berjaya ke lima negara last year! And, Travel Ke Jepun adalah salah satu darinya!

 

Tips Travel Ke Jepun

Photo credit: me. Travel has always been my passion!

 

 

TRAVEL KE JEPUN: KENAPA PILIH JEPUN?

 

Actually, bila Cik Lisa mula kerja sepenuh masa… Cik Lisa dah siap susun jadual nak travel merata. If dulu, asyik dok travel Europe semata mata, then I thought:

 

Hey, why not travel ke Asia pulak kan? At least, boleh cover both sides… (Europe and Asia) and, lepas tu try to squeeze in betweens? Who knows ke Afrika pulak soon?

 

Also, bila dok dengar orang ramai dok sibuk bercerita how awesome Japan is… mestilah kita pun nak tahu jugak kan? So, Jepun pun akhirnya termasuk dalam travel itinerary Cik Lisa untuk tahun lepas di samping Seoul, Korea; Bandung, Indonesia; Ho Chi Minh, Vietnam dan Krabi, Thailand.

 

Tips Travel Ke Jepun

Photo credit: me. This is Osaka.

 

Boleh baca Azam Tahun Baru 2018 Cik Lisa kat sini. Travel has always been part of my new year’s resolution tau! Haha. And, di sini untuk 5 Tips Travel Ke Ho Chi Minh.

 

Tips Travel Ke Jepun

Tak pernah tak excited bila jejak kaki ke airport! 🙂

 

I mean, imagine all the advanced technology and whatnots kan? Sapa lah tak tergoda nak ke sana? And, Cik Lisa pun sibuk lah cari flight ticket dari awal. Bukan apa, kalau cari awal… dapat superdeal yang ohsem kan? So, bulan Mac 2018 Cik Lisa dah purchase tiket untuk Travel Ke Jepun di bulan Jun 2018 (sometimes lepas raya if tak silap). And, yang syioknya… Cik Lisa dapat deal dari Malaysian Airlines untuk Travel Ke Jepun (Tokyo) cuma dengan harga RM 1,100 return ticket, okeh? Ohsem kan?

 

 

 

 

TRAVEL KE JEPUN: BERAPA LAMA DAN KE MANA?

 

Jepun adalah satu negara yang besar dan ramai populasi penduduknya. So, berapa lama Cik Lisa ke sana dan ke mana sebenarnya? Yes, memang lah tiket Cik Lisa adalah tiket untuk Travel Ke Jepun. But, Cik Lisa ke sana untuk masa lapan hari dan cuma ke Tokyo, Osaka dan Kyoto. And, walaupun masa yang singkat awak rasa kan? But, trust me… if you have your itinerary ready, awak tentu boleh cover most of the places sebenarnya. Plan, plan and plan, bebeh! 

 

 

Tips Travel Ke Jepun

Photo credit: me

 

Tapi, hari ni Cik Lisa tak mahu kongsi tentang intinerary Travel Ke Jepun. Itu nanti Cik Lisa kongsi lain hari. But, hari ni Cik Lisa nak kongsi pasal Travel Ke Jepun: Tips Untuk “First Timer” Ke Sana.

 

 

 

TRAVEL KE JEPUN: TIPS UNTUK “FIRST TIMER” KE SANA

 

Kenapa Cik Lisa nak kongsi dengan awak tips Travel Ke Jepun ni? Ever since Cik Lisa jejak kaki ke Jepun tu lagi, Cik Lisa dah rasa susahnya kalau Cik Lisa tiba tanpa tahu semua benda ni. And, Cik Lisa rasa (dan harap sesangat!) apa yang Cik Lisa kongsikan ni… dapat bantu awak yang ada plan nak Travel Ke Jepun kali ni. Especially, bulan Mac hingga Mei ni cantik betul musimnya. Maklumlah, musim bunga sakura berkembang sakan kan? Apa lagi, untuk awak yang dok simpan cita cita nak ke sana… boleh cecepat cari tiket sekarang ni. If not this year, why not book tiket untuk next year, okay?

 

Tips Travel Ke Jepun

“Surprise egg” machine ni bersepah kat airport… beratur berbaris okeh?

 

 

WIFI

 

Yes, Jepun adalah negara yang serba moden dan canggih. Memang betul dan diakui, kat sana ada wifi merata rata. But, it is not for free. Setiap satu ada caj nya. And, mind you… the currency is in Yen dan bukan Ringgit Malaysia. So, Cik Lisa nasihatkan untuk awak siap siap order portable Wifi dari Malaysia. Ada banyak pilihan kat sini dan caj nya tak lah terlalu overpriced. And, macam Cik Lisa itu hari… kami amik servis dari Wifi Baby. Mudah servis mereka, boleh collect portable Wifi tu kat airport je. Then, ada drop off kat airport lepas kita touchdown nanti. So, tak perlu nak pegi return kat ofis mereka lepas kita balik travel tu nanti. Easy peasy, kan?

 

Tips Travel Ke Jepun

Train ke sana sini. Tapi, bila ada Wifi Baby, serius mudah nak berjalan

 

Bila Travel Ke Jepun, internet adalah sangat penting! Jadi, it is either awak beli sim kad sana yang ada pakej data siap sedia… ataupun, dapatkan je pakej portable Wifi yang dibayar daily ni ha. Boleh cari di Klook.comOtherwise, just get one from Wifi Baby.

 

 

TIKET

 

Transportation di Jepun memang complicated. But, it is all very organized. Cumanya, kalau kita tak biasa… memang haru biru lah kisahnya. If awak sempat nak tengok rail map dia… hoih, berselirat sana dan sini. All the lines are in different colours. Kalau kat Malaysia cuma ada beberapa (Putra LRT, komuter, MRT). But, kat sana semua tok nenek train pun ada! Like, aboveground punya train pun dah ada berpuluh line. Then, underground train tak cerita lagi kan? Also, tokleh nak lupa bullet train mereka (shinkansen) tu? Basically, kalau tak plan dari awal nak ke mana… dok buang masa cari train je sebenarnya.

 

Tips Travel Ke Jepun

Photo credit: me. Ini salah satu tiket train kat sana. 1,510 Yen okeh?

 

So, word of wisdom: Cik Lisa nasihatkan kalau awak Travel Ke Jepun, untuk awak beli tiket train dari sini lagi. Sebabnya, kalau nak beli kat setiap train station kat sana… it is either too pricey or awak akan makin confused dengan bahasa Jepun mereka. Oh ya, did I not mention that kalau awak Travel Ke Jepun… do note that susah giler nak cari tulisan ABC kat sana. As mostly, it will all be in Katakana or Hiragana. Pengsan kan?

 

 

 

7-DAY PASS JAPAN RAIL

 

Anyway, macam Cik Lisa… since we all jelajah ke Tokyo, Osaka dan Kyoto. So, kami beli 7 day pass Japan Rail (ini include tiket train NEX dari Narita Airport, shinkansen and few other JR trains). Untung lah, sebab shinkansen dari airport ke Osaka (one way) je dah ¥16,700 (approx. RM 610 satu hala)! Kos untuk Travel Ke Jepun sememangnya pricey, weh! That’s why sangat penting nak tahu all these, kan?

 

Tips Travel Ke Jepun

Japan Rail Pass ni memang sangat berbaloi!

 

Nak dapat mana Japan Rail pass? Again, Cik Lisa beli direct from Klook.com! Harga masa tu dalam approx. RM 1,044 untuk 7 day pass tu. Cuba lah godek godek website Klook.com tu. And, if tak silap, JTB pun ada jual online jugak. Good luck!

 

Tips Travel Ke Jepun

Ini lah rupa kad / tiket Japan Rail Pass tu

 

And, boleh baca 5 Tips Pilih Kasut Untuk Travel kat sini.

 

 

 

TATATERTIB

 

Pesan orang orang tua;

 

Masuk kandang kambing, kita mengembek But, masuk kandang harimau, kita mengaum kan?

 

So, same goes. Bila kita pi negara orang… kita kena observe tatatertib masyarakat setempat. Hormat menghormati tu kan amalan mulia. But, bukan main redah je. Tak elok tu namanya. Therefore, seeloknya sebelum awak nak pergi Travel Ke Jepun, kalau boleh amik tahu adat dan tatatertib orang mereka. Pantang larang and all the dos’ and donts’.

 

Tips Travel Ke Jepun

Eh, tapi tak sure pulak… makan berdiri cemana cerita? 🙂

 

 

ESCALATOR (TANGGA BERGERAK)

 

Antaranya; escalator kat sana, lain kawasan lain pulak regulations nya. Contohnya, macam kat Osaka. Kalau kita ni jenis nak berdiri tegak but tak nak naik anak tangga tu kan… sila berdiri di sebelah kanan. So, orang yang nak naik cepat boleh guna laluan sebelah kiri. Ini kat Osaka tau, but lain pulak halnya kat Tokyo. As in Tokyo, it is the other way round! 

 

  • Osaka – tegak berdiri (kanan); naik laju laju (kiri)
  • Tokyo – tegak berdiri (kiri); naik laju laju (kanan)
Tips Travel Ke Jepun

Tapi, kenapa berdiri lagi? Haha. Nampak tak, travel meaning makan tanpa henti untuk Cik Lisa ke? Hoho.

 

 

TIPPING (UPAH ‘TIP’)

 

Yes! Jangan awak cuba cuba untuk tipping selepas makan kat restoran sushi tu nanti! Orang Jepun tak ada adat tippingAnd, worst case is, if you tried jugak somehow? Cuba selit bawah pinggan lepas makan? Mereka akan marah, kecil hati dan tak suka lah. Since this is known as an insult kepada mereka. So, why not let’s just stick to a simple “thank you” je okay? Ini antara tatatertib yang awak kena tahu kalau nak Travel Ke Jepun nanti.

 

Tips Travel Ke Jepun

 

 

MUAT TURUN TRANSPORTATION MAP APPS

 

Ini adalah sangat penting, if not... nganga lah awak kat sana. And, kan Cik Lisa dah cerita betapa berseliratnya map train mereka kan? Apatah lagi bila signboard segala susah betul nak cari tulisan rumi! Be it in Tokyo, Osaka ataupun Kyoto. All these places pun sama je ceritanya!

 

Tips Travel Ke Jepun

Map dan signboard kat Jepun tak mudah nak baca ya? Mostly, dalam bahasa Jepun. So, download lah app tu, tau!

 

So, as in for me... Cik Lisa siap sedia download app nama “Japan Travel”. And for once, Cik Lisa betul bersyukur dengan servis app ni sebenarnya. Mudah sangat nak guna bila Cik Lisa Travel Ke Jepun itu hari. And, yes! Ada English instructions… so it is all made sense! And, from this app jugak kita boleh choose dari mana nak ke mana. So, it will list out all the stations, trains and whatnots. Semua complete with arrival time, etc. Best of all: the app is free for download tahu tak?

 

Awak boleh download app tu di sini: Japan Travel

 

And, there is another one called HyperdiaBut, Cik Lisa rasa this one is a bit confusing and tak berapa user friendly. Anyway, ikut lah awak nak yang mana okay? But, I’ll vouch for Japan Travel anytime. The best app so far! 

 

 

COIN PURSE

 

Bila Travel Ke Jepun, awak akan tahu betapa negara ni banyak giler guna coins! Although, earlier kita ada wang kertas kan? But, sekali je bila kita mula berbelanja… there goes penuh tangan dengan coins! Coins mereka mula dari nilai ¥500 hingga lah ke ¥1 okeh? So, boleh bayangkan tak betapa kaching kachinggg nya poket awak tu satgi?

 

Tips Travel Ke Jepun

Gerabak keretapi comel kat Mount Fuji. Comel kan?

 

Jadinya, tak salah kalau awal awal dah bawak coin purse dari Malaysia sesiap. Mudah nak pi jenjalan dan tak adalah coins kita tu jadi tak terurus dan bersepah je nanti kan? But, for guys… boleh lah bawak pouch kot? Sebab takkan nak bawak coin purse pulak kan? Ke cemana?

 

 

 

TRAVEL KE JEPUN

 

So, rasa sampai sini dulu blog entri Travel Ke Jepun: Tips Untuk “First Timer” Ke Sana. And, ini semua adalah based on experience Cik Lisa sendiri ke sana itu hari. If awak rasa bermanfaat, I am glad. Nanti kalau ada masa… Cik Lisa akan kongsi lagi beberapa tips lain masa Cik Lisa Travel Ke Jepun last year, okay?

 

Tips Travel Ke Jepun

Photo credit: me. Jarang sekali kita nak jalan kat atas jalan ni sebenarnya. Sebab, selalunya kita kat underground train station tau!

 

And, akhirnya Cik Lisa dah mula berjaya susun travel itinerary untuk tahun ni. So, trip yang pertama akan bermula bulan depan (April 2019) inshaAllah. Anyway, kita jumpa lagi dalam next entry, ya. Bye!

 


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 thoughts on “Travel Ke Jepun: Tips Untuk “First Timer” Ke Sana

  • adzril

    MasyaAllah, bagusnya konten ni cik lisa oi.. saya ni mmg target nak ke jepun. Tetiba artikel pjg lebar bebelan cik lisa ni lalu depan mata. Mmg perkongsian yg sgt best..

    • CikLisaWangi Post author

      Alhamdulillah, terharunyaaaa blog entry kali ni ada kasi manfaat kat awak ni! 🙂 Thank you, thank you… sebab tabah baca bebelan Cik Lisa yang super berjela tu kan? Lama dah tak menulis. Baru now je nak start balik. Haha. Apa apa pun, memang thank you sesangat. Sebab sudi jugak nak baca although berjela. Thank you! Xx