Lip Matte Cantik: Untuk Bibir Yang Menawan


By now, rasanya semua dah tahu. Cik Lisa bukannya yang jenis pakai mekap beria bila nak keluar ke mana mana. But, at least I will have a lipstick on. And, probably… mascara every now and then.  So, sebab tu Cik Lisa mesti nak ada all sorts of colours and types  untuk my so-called ‘make up inventory’ kan? And, Lip Matte Cantik is always a must have!

 

Review Hannah Lip Matte

So, here is one look with Lip Matte Cantik. Cantik dak?

 

 

 

LIP MATTE CANTIK: APAKAH ITU LIP MATTE?

 

So, biasanya kita akan hadap dengan lelaki yang always tak paham bila kita dok asyik membeli. Apatah lagi, kalau kita dok beli lipstick every now and then tak henti henti! And, that would probably made them wonder;

 

Apa benda bini / girlfriend aku ni? Dok asyik beli lipstick all the time? Asal keluar je… mesti beli lagi dan lagi. And, yang kat rumah tu masih ada lagi kan? Kenapa tak tunggu lipstick habis dulu… then beli lah lagi yang baru? Haihhh, tak paham benar aku dengan golongan Hawa ni tau!

 

Well, cik abang sekalian… this is because; lipstick ni bukannya cuma ada different in colours, but it has a lot of different types too! And, hari ni Cik Lisa nak pot pet jugak tentang jenis lipstick yang ada kat luar sana tu. Kot lah, mana tahu lepas ni awak boleh beli present untuk your loved one tu satu? 🙂

 

 

LIPSTICK LEMBAB (MOISTURIZING LIPSTICK)

 

Moisturizing lipstick ni adalah lipstick yang melembabkan. So, bila kita pakai lipstick ni… bibir kita akan sentiasa lembab. Jenis lipstick ni sangat elok untuk awak yang ada bibir kering. Since it is very moisturizing, bibir awak akan kekal lembab dan tak nampak horror tetiba bila kulit bibir mengelupas tak tentu hala! And, paling giler bila you are out with your date kan? Tak pasal pasal si dia turn off sebab tengok bibir kita mengelupas beria!

 

 

LIPSTICK KILAT (GLOSSY LIPSTICK)

 

Ini lipstick cantik dengan kuasa mengilat! Lipstick jenis ni sangat sesuai untuk awak yang ada bibir nipis, since the glossy effect tu akan accentuate your lips! So, tak ada lah bibir awak nampak kecil dan halus! But, it will make your lips looks fuller gittew! And, ianya akan buat awak nampak lebih menarik!

 

 

LIPSTICK TANPA KILAT (MATTE LIPSTICK)

 

This is by far is my favourite! Sebabnya; lipstick jenis matte ni mampu buat bibir kita nampak cantik menawan. Biasanya lipstick jenis ni akan datang dalam pelbagai warna dan memang jadi pilihan wanita zaman sekarang. And, katanya… Lip Matte Cantik ini sangat sesuai untuk awak yang suka selfie! But, kenapa ya? Lip Matte Cantik ni akan kasi effect bibir terang benderang! And, seperti yang Sesnek dalam Elle blog ni cerita;

 

You’re seeing pure color. This is also why it stands out on red carpet. The attention goes straight to that lip!

 

Review Hannah Lip Matte

So, what is your favourite?

 

 

LIPSTICK KRIM (CREAM LIPSTICK)

 

For this kinda lipstick pulak, ia ada efek melembabkan but, not too much. So, tak ada lah nanti awak asyik rasa tak selesa. Since it won’t moist your lips too much but just as nice. Kan? But, keep that in mind yang lipstick ni ada contain wax (lilin). Therefore, ianya mungkin ada potensi untuk buat bibir kita kering. So, sila pakai cream lipstick ni dengan lip balm okay?

 

 

LIPSTICK SEPARA LUTSINAR (FROSTED LIPSTICK)

 

Kalau lipstick yang ini, sesuai betul untuk mereka yang nak rupa lipstick yang ada dan tak ada. Like, it is ‘barely there look’ kan? But, lipstick ni walaupun tak berapa nak kelihatan, it will somehow makes your lips a bit heavy tau. Sebab ianya lebih likat dan pekat berbanding lipstick jenis lain.

 

 

 

LIP MATTE CANTIK: KELEBIHAN HANNAH LIP MATTE

 

Lip Matte Cantik adalah pilihan terbaik untuk Cik Lisa lately ni. But, why? Sebabnya macam yang awak tahu… Cik Lisa kan suka selfie? So, bila Cik Lisa pakai Lip Matte Cantik… dengan pigment colours nya yang terang, ia akan buatkan bibir Cik Lisa cantik menawan. Tak perlu nak pakai mekap berlebihan. Dah cantik sedia ada dah kan?

 

Bila Cik Lisa cuba untuk apply Lip Matte Cantik dari Hannah ni di bibir Cik Lisa… rasa lembut di bibir tau! Ianya tak kering macam kebanyakkan Lip Matte Cantik di luar sana. But, it is completely different! Apakah kelebihan Lip Matte Cantik dari Hannah ni? Awak nak tahu tak?

 

Review Hannah Lip Matte

Packaging Hannah Lip Matte sangat cantik, kan?

 

OLIVE OIL

 

Lip Matte Cantik dari Hannah ini ada kandungan olive oil (minyak zaitun) tau! So, ianya membantu untuk memulihkan kulit bibir kita. Di samping tu, kalau awak jenis yang ada bibir yang kering… ha, dengan pemakaian Lip Cantik Matte dari Hannah ini akan bantu untuk pulihkan bibir awak tu! Best kan?

 

 

SHEA BUTTER DAN VITAMIN E

 

Because kandungan shea butter dan vitamin E dalam Lip Matte Cantik dari Hannah ni, awak tak mungkin akan alami masalah bibir kering lagi. And, biasanya… kekadang tu, bila kita pakai Lip Matte Cantik yang biasa bibir kita akan kedut kedut lepas tu kan? But, with Lip Matte Cantik dari Hannah ni… masalah tu takkan timbul lagi! Sebab shea butter dan vitamin E ni akan lembabkan bibir kita sepanjang masa. So, bye bye wrinkle lips please! 

 

And, if awak tak nak kulit kedut kedut pulak… wajib untuk cukupkan antioxidant dalam badan. Boleh baca kat sini Cik Lisa kongsi 3 Superfruits Yang Mengandungi Antioksidan Tinggi. And, one of them is my favourite fruit! 

 

 

NUDE DAN PINK

 

Kalau ada banyak colours pun, tak semestinya sesuai dengan tona warna kulit kita kan? And, thanks to Hannah…. dengan adanya dua warna pilihan idaman, setiap orang mampu kelihatan cantik lepas ni tau! Lip Matte Cantik dari Hannah ini datang dengan dua warna yang menarik: Nude and Pink. 

 

But, bagi Cik Lisa, uish… tokleh nak cerita lah betapa gembiranya bila dapat Lip Matte Cantik dari Hannah ini dalam warna Nude. Maklumlah, warna Nude ni kan dah jadi pilihan setiap wanita masa kini? This colour senang nak match kan dengan mana mana baju yang kita ada. As it is more towards neutral tone… so, lagi mudah kita nak bersiap nak keluar berjalan. Tak perlu nak pening kepala cari baju mana yang sepadan! Since, it will match with whatever colours your heart desire to wear! 

 

 

 

LIP MATTE CANTIK: DI MANA NAK DAPATKANNYA?

 

Kalau awak berminat, apa lagi cepat cepat lah dapatkannya hari ini! Harganya cuma RM 39.90 je tau! Dengan harganya yang berpatutan ni… awak akan kelihatan cantik in no time, I tell you. And, Cik Lisa dah cuba… so, awak pun patut dapatkannya!

 

Because Hannah nak sangat awak mudah nak cari, Lip Matte Cantik ni boleh dibeli secara online di Shopee, Lazada atau mana mana pengedar Hannah di luar sana. Hanya dengan harga semurah RM 39.90, awak dah mampu untuk dapatkan bibir yang cantik menawan! Senang kan?

 

Review Hannah Lip Matte

Jatuh cinta dengan Hannah Lip Matte tau!

 

Also, kalau awak masih lagi ragu ragu atau nak tahu lebih tentang Lip Matte Cantik atau Hannah, boleh lelaju follow Hannah di akaun media sosial yang tertera kat bawah ni, okay?

 

Facebook: www.facebook.com/imhannahlife

Instagram: www.instagram.com/imhannahlife

Website: www.imhannahlife.com

 

And, sebelum undur diri… Cik Lisa nak kongsi video Cik Lisa di bawah ni eksklusif untuk Lip Matte Cantik dari Hannah untuk tatapan semua. Semoga terhibur dan kita jumpa lagi dalam lain entri, ya? Bye!

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *