Videografi Produk: Marketing Yang Paling Untung! 1


Sapa kata shooting tu senang, haih… mungkin dia cuma tahu bersembang! Bila kita tak pernah, kita akan ingat benda tu mudah. But, kalau dah cuba… baru lah tahu yang ianya tak semudah yang disangka! So, hari tu bila Cik Lisa dapat offer (opportunity, actually) untuk terlibat dalam satu sesi Videografi Produk ni. Ha, masa tu jugak lah baru tahu langit ni tinggi ke rendah! Haha.

 

 

 

VIDEOGRAFI PRODUK: IANYA TAK SEMUDAH YANG KITA SANGKA!

 

Honestly, masa awal dulu bila tengok orang berlakon kat tv tu… mesti ada je rasa nak komplen itu ini kan? Orang tu tak ingat skrip lah. Orang tu nampak kaku dan tak natural lah. Basically, mesti ada yang tak kena di mata kita ni. Tapi, bila dah cuba sekali then only I know how difficult it can really be! Haha.

 

So, nak dijadikan cerita… ada satu hari tu Cik Lisa dihubungi oleh seorang pemuda. Tup tap tup tap, pendek kata… dia bersetuju nak cuba dan ambil Cik Lisa jadi host video untuk produk kompeni dia. But, this is more kepada pertaruhan nyawa dia dan kompeni dia jugak lah! Haha. Since, Cik Lisa tak pernah ada experience hosting pun sebelum ni. Apatah lagi untuk hosting a product pulak tu kan?

 

Khidmat Videografi Produk

Inilah pengalaman julung julung kalinya. Dapat peluang bekerja dengan Projek Studio. Alhamdulillah.

 

But, since this is a good opportunity for me (and for his company too, I guess), we both pun agreed untuk Cik Lisa ikut serta untuk sesi Videografi Produk kali ini. And, Cik Lisa betul betul berterima kasih sangat dengan peluang yang diberikan. Seriously, I was thrilled! And, lagi seronok bila dapat opportunity untuk shooting sekali dengan team Videografi Produk professional: Projek StudioOf course, it was the most awesome experience ever for me!

 

Anyway, apa kisah di sebalik Videografi Produk yang air-time sepatutnya cuma 3 minit tu saja? Haha. Please read through the whole entry untuk tahu cerita di sebaliknya!

 

 

 

PROSES YANG BERULANG KALI

 

Although, Videografi Produk yang kita nak buat tu cuma 3 minit je kan… awak ingat kita cuma akan shooting dalam masa exactly 3 minit jugak ke? Mimpi di siang hari lah ceritanya! Rupa rupanya, proses yang nak hasilkan video pendek pun… sama jugak tempohnya dengan Videografi Produk yang berjam lamanya tau!

 

Khidmat Videografi Produk

Percayalah yang it is not easy! But, it is well worth it! 🙂 That’s me along with Projek Studio crews!

 

And, dapat pulak Cik lisa ni yang super newbie… you guess? Proses tu makan masa berjam jam lamanya. But, nak kata apa… ini first time Cik Lisa kan? So, memang hiccups sana sini lah. Anyway, rasa bersyukur sangat sebab team Projek Studio sangat memahami. So, akhirnya kami berjaya jugak wrapped up the event after 4 hours bersusah payah almost separuh hari!

 

 

 

VIDEOGRAFI PRODUK: MARKETING YANG PALING UNTUNG!

 

So, kenapa Cik Lisa kata Videografi Produk ni adalah marketing yang paling untung? Banyak je cara lain yang ada. Memang betul ada, tapi kita mesti lah nak yang terbaik untuk bawak untung dalam karung duit kita kan? Because, bila kita buat bisnes; ianya bukan untuk acah acah dan setakat nak mencuba. But, banyak commitment kan macam nak bayar gaji pekerja, nak bayar sewa kedai kita, nak bayar iklan berbayar blogger memana… (eh!).

 

Khidmat Videografi Produk

Busy betul baca skrip sendiri before nak mula! 🙂

 

And, sebab ni jugak lah kita kena ada strategi. But, bukan nak try dulu sana sini… tengok mana yang untung dan mana yang rugi! Takkan lah kita nak cuba method yang bawak rugi… mesti nak yang untungkan kita dan seisi kompeni. Kan? Yes, memang betul ada banyak method yang lain… but, trust me Videografi Produk adalah method yang paling menguntungkan!

 

Khidmat Videografi Produk

Segala perkakas untuk sesi Videografi Produk adalah sangat ohsem! Bukan satu je kamera tau, tapi dua tiga okeh! 🙂

 

But, kenapa? Ha, hari ni Cik Lisa nak share 3 Alasan Kenapa Videografi Produk Adalah Method Marketing Yang Paling Untung!

 

 

 

NAMPAK LEBIH PROFESSIONAL DAN EXCLUSIVE

 

Bila kita guna method Videografi Produk, ianya akan nampak lebih gah! In addition to that, produk awak akan nampak lebih hebat! Also, persembahan pun akan nampak lebih professional dan exclusive tau! But, Cik Lisa sarankan sangat untuk guna khidmat Videografi Produk dari videographer professional yang ada di luar sana.

 

Khidmat Videografi Produk

Dari sesi ni lah Cik Lisa tahu susah rupanya nak shooting ni. And, ianya confirm tak mudah! Haha.

 

For example; macam Projek Studio ni lah. Because, kalau awak cuma ambil Videografi Produk dengan handset sendiri… haih, memang lah zero cost marketing. But, hasilnya tak mungkin sehebat Videografi Produk dari videographer professional kan? Apa lah salahnya labur sikit duit modal, but dapat pulangan yang lebih memuaskan?

 

 

PELANGGAN LEBIH PERCAYA

 

Tahu ke bila pelanggan nampak branding di Videografi Produk kita, ianya akan lebih buat pelanggan percaya dengan kita dan produk kita. Because, memang proven that visual boleh bina hubungan yang lebih baik di antara kita dan pelanggan. Hal yang sama pun ada ditulis dalam entri di Inc.com bertajuk How Video Can Help You Build Relationships and Trusts with Your Customers

 

Khidmat Videografi Produk

Sibuk mereka dok setup sebelum the actual shooting took place itu hari

 

Of course, sebab bila dia nampak kita dari cuma baca tulisan semata mata… pelanggan akan lebih terdorong untuk percaya sebab dia nampak kita dok berkata kata. Visual tu penting untuk bina kepercayaan dalam setiap hubungan, betul kan? So, sama lah jugak di antara hubungan kita dengan customer! 

 

 

GOOGLE LEBIH SUKA VIDEO

 

Ini mesti ramai yang tak tahu kan? But, Google dah pun own YouTube since 2006. Surely, we all know that Google is the most favourable search engine kat dunia ni kan? Meaning, sapa nak cari apa apa pun… mesti nak cari guna Uncle Google kan? And, YouTube pulak adalah second largest search engine and still growing! So, kalau awak guna method Videografi Produk yang terang terangan adalah satu video… memang cun lah kisahnya! Especially, now that Google dah pun beli YouTube dengan harga USD 1.65 billion itu hari kan. OMG, that’s crazy eh?! 

 

Khidmat Videografi Produk

Photo credit: Google. 

 

In fact, awak tak perlu nak susah susah fikir. Now, bila Google dan YouTube adalah dari rumpun yang sama… produk awak dalam bentuk Videografi Produk dah tentu jadi pilihan! Google akan lebih seronok nak iklankan Videografi Produk awak dalam carian. Pelanggan akan lebih mudah nak jumpa produk awak online! Betul dak?

 

 

 

VIDEOGRAFI PRODUK: DAPATKAN KHIDMAT PROJEK STUDIO HARI INI!

 

So, untuk awak business owner yang masih tak tahu nak buat cemana. Apa kata cepat cepat contact Projek Studio untuk dapatkan khidmat Videografi Produk dari mereka. Although, itu hari adalah first time Cik Lisa ceburi bidang ni… Cik Lisa dah boleh vouch for them dah actually. Projek Studio ni terdiri dari anak anak muda yang cerah masa depannya!

 

Khidmat Videografi Produk

Photo credit: Projek Studio. Cik Lisa beruntung dapat peluang bekerjasama dengan ‘the cool kids’ in town ni. 🙂

 

Truthfully, team Projek Studio ni professional orangnya. Maklumlah, macam Cik Lisa kata: kita ni mana lah nak ada experience shooting before ni kan? But, thankfully mereka sangat memahami. Ada moment yang Cik Lisa kaku tak ingat nak kata apa… mereka tabah je dok rolling lagi dan lagi. Tak ada satu pun moment di mana Cik Lisa terasa hati ke, Cik Lisa kena maki maki ke or Cik Lisa dimarahi. Haha. Even though, ada je moment yang Cik Lisa dah sampai benci jap kat diri sendiri!

 

In particular, masa nak ending tu lah. Mungkin sebab dah penat sangat kot sebab after few hours dok shooting kan? Sikit sikit lupa nak kata apa. Or, tetiba tak ingat and blank sesuka rasa. Dok kelip kelip mata pandang kamera! Haha. But, again… it was really a great experience!

 

Khidmat Videografi Produk

Macam matching plak dengan plate tag nama mereka kan? Haha. Ini Cik Lisa with the team after the shooting! 🙂

 

Because of that, (including my own experience sendiri kan?)… Cik Lisa nak ajak untuk awak yang berminat: cepat cepat contact Projek Studio hari ini jugak! And, lepas tu awak kongsi dengan Cik Lisa experience awak pulak. Also, Cik Lisa ada dengar cerita yang mereka ada offer untuk Videografi Produk sekarang ni.

 

Nak tahu apa offer mereka, ha… sila contact Projek Studio hari ini jugak!

 

 

 

APA VIDEO CIK LISA HARI TU?

 

Eh, mesti ada yang tertanya tanya apa video Cik Lisa hari tu? Haa… nanti bila dah siap video editing tu Cik Lisa akan kongsi sama sama lepas ni. But, for now… kita tunggu dulu k? And, lepas ni jugak awak boleh lah tengok kot kot ada sesi Videografi Produk yang lain awak nak jemput Cik Lisa pulak? Besar tapak tangan Cik Lisa hulurkan. Eh! Haha.

 

Khidmat Videografi Produk

But, BIG THANK YOU to Projek Studio punya team sebab sudi layan salah silap Cik Lisa itu hari. Appreciate it loads! 🙂

 

Macam Cik Lisa kata, it was really an awesome moment for me! Ye lah, kita mana pernah nak buat shooting bagai kan? Apatah lagi shooting untuk Videografi Produk orang lain. Terharu berbaur cuak lah kisahnya. Generally, I am just an ordinary person. But, hari tu je dapat peluang masuk Malaysia Hari Ini untuk discuss topik yang hangat di luar sana. So, literally; that was my one and only five mins fame. And, I thought that was it! Until this offer comes along! Haih, memang tak sangka pulak dapat opportunity ni kali ni.

 

Anyway, rezeki Allah dah nak beri. Betul dak? Baiklah, sampai sini saja entri Cik Lisa untuk hari ini. Nanti, bila Videografi Produk ni dah siap, Cik Lisa akan kongsikan dengan awak okay? So, before Cik Lisa nak undur diri, ni Cik Lisa nak selitkan video pendek (ala ala teaser) untuk sesi Videografi Produk itu hari (with permission dari Client ni tau!). But, video penuh tu nanti ya? And, hey let it be a surprise lah kan! 🙂

 

 

 

Selamat malam dan bye. Xx


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One thought on “Videografi Produk: Marketing Yang Paling Untung!