Kafe Best Di KL


Kopi dah tak asing lagi bagi Cik Lisa ni sebenarnya! Sapa yang kenal Cik Lisa, mesti dah tahu betapa Cik Lisa minat minum kopi kan? Ada Apa Di Sebalik Pahit Kopi Tu Sebenarnya? Haaa.. Ini lah Cik Lisa. Asal ada masa lapang… mesti nak cari secawan kopi! Itulah lumrah kehidupan Cik Lisa hari hari. So, hari ni Cik Lisa nak kongsi sebuah Kafe Best Di KL yang jadi idaman hati saya! Dulu Cik Lisa pernah review kedai kopi yang sama… dan hari ini Cik Lisa nak cerita lagi tentang Kafe Best Di KL ni lagi! Nak tahu dak?

 

Kedai Kopi Best Di KL

Cantik kan entrance Kafe Best Di KL ni?

 

 

 

KAFE BEST DI KL: KHATULISTIWAH NAMA DIBERI!

 

Haaa… ini lah dia Khatulistiwah Cafe. Pada awal dulu bila Cik Lisa buat review, kafe ni masih lagi dikenali sebagai Espresso Lab. But after a while, pemilik kedai ni berubah arah dan mula untuk mengorak langkah. Bukan apa… untuk luaskan lagi jajahannya! Haha. Sebab tu dia come up with a new image dan new style di mana dia mula untuk blend kopinya sendiri. Boleh baca review Cik Lisa tentang Kafe Best Di KL ni di entri bertajuk Kedai Kopi Feveret Di Taman Melawati.

 

Kedai Kopi Best Di KL

Cik Lisa suka kaler mereka!

 

Kalau awak sampai ke sini satu hari nanti (or you already did!), boleh baca kat cermin Kafe Best Di KL ni jugak, which says;

 

Roasted by Malaysians for Malaysians. Our kopi blends the rich “KAW-NESS”. Locals love with Artisan notes that make you go “WAH”!

Kedai Kopi Best Di KL

Nampak tak write-up kat cermin tu?

 

YES! Mereka blend kopi mereka sendiri! That means, instead of gunakan biji kopi dari tempat lain… Khatulistiwah Cafe yang merupakan antara Kafe Best Di KL masa kini ni kisar kopi (blend coffee) mereka sendiri! And, sebab tu juga mereka dengan bangganya meletakkan kata kata di cermin mereka tu as;

 

Roasted by Malaysians for Malaysians.

Hebat ke hebat?

 

Kedai Kopi Best Di KL

Kemas kan susunan Kafe Best Di Kuala Lumpur ni?

 

Kalau awak seorang penduduk Malaysia, terdetik tak rasa di hati kagum dengan prestasi anak muda kita? Baru lah setanding kita dengan negara kat luar sana. Blend our own coffee instead of gunakan biji kopi sedia ada. Kan? Alang alang awak dah baca entri Cik Lisa ni, apa kata singgah di FB mereka dan LIKE page Khatulistiwah Cafe!

 

 

 

KAFE BEST DI KL: KENAPA CIK LISA SUKA TEMPAT NI?

 

 

KAWASAN SEKITAR YANG CANTIK DAN MENARIK!

 

Selain daripada kawasan sekitar yang cantik dan selesa, Kafe Best Di KL ni juga mengetengahkan design kafe serba moden. Atau macam yang kita biasa dok dengar terutamanya di kalangan hipster kat luar sana: minimalist design. Haa… gittew!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Outside seating yang sangat kemas dan tersusun rapi! Wahhh! Best kan?

 

 

Kedai Kopi Best Di KL

Kemas dan teratur kan?

 

 

PILIHAN MENU MAKANAN YANG MENGUJAKAN!

 

Khatulistiwah Cafe atau Kafe Best Di KL ni juga ada sediakan menu makanan Asia, or specifically Malaysian menu lah ceritanya! Rasanya, tak banyak Kafe Best Di KL kat luar sana yang ada menu sama macam yang ada kat sini tahu ke? Apa agaknya menu yang Kafe Best Di KL ni ada ya?

 

Kedai Kopi Best Di KL

Nasi Ulam di Kafe Best Di KL. Yumsss!

 

Dari Nasi Kerabu hingga lah ke Nasi Herba. Awak boleh dapatkanya di sini! Biasanya, kafe tipikal di KL cuma jamu kita dengan kek manis dan roti rotian kan? But, Khatulistiwah Cafe atau Kafe Best Di KL ni muncul dengan satu kelainan berbanding kafe lain!

 

Kafe Best Di KL

Nasi Kerabu my all time favourite! 🙂

 

My favourite so far is the Nasi Kerabu, of course. Tapi, ada banyak option lain yang disediakan di sini. Antaranya; Nasi Herba, Nasi Lemak, Nasi Ulam (I know, dulu pun I used to think that Nasi Ulam and Nasi Kerabu is the same! But, hey… it is not here apparently!). And, awak boleh pilih lauk yang berbeza beza untuk hidangan nasi yang kita order! Ada daging bakar yang super empuk, ayam goreng berempah, gulai ikan tongkol atau gulai ayam yang menyelerakan! I have tried it all, and trust me! It’s amazing and superyums!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Mango Cheese Cake! Antara yang terlaku di sini!

 

Kedai Kopi Best Di KL

One of my many favourites! Haha.

 

Apart from that, ada jugak lain lain menu seperti laksa Penang dan mee kari. Atau jika tastebud awak hari tu nak makan something non-Asian? Toksah risau lah! Since mereka ada juga menu Barat seperti pasta yang pelbagai, all-day-breakfast, roti rotian atau kek manisan! Best kan?

 

Kedai Kopi Best Di KL

Kek terbaru dari Kafe Best Di KL ni!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Yummy! Cik Lisa dah try tadi!

 

 

Kedai Kopi Best Di KL

The yummiest all-day-breakfast!

 

 

KAFE BEST DI KL: APA RASA KOPI KAT SINI?

 

Oooh, don’t let me start people! Haha. Kan tadi Cik Lisa ada cerita perihal kopi mereka adalah kisaran sendiri (own blend)? Haaa… ada pelbagai coffee blend kat sini and the cutest thing ever is… setiap blend tu dinamakan sempena burung burung di Malaysia! Antaranya adalah Pekaka Api dan Murai Batu.

 

Kafe Best Di KL

Photo credit: Khatulistiwah. Yummms kan?

 

And the latest venture oleh Kafe Best Di KL ni adalah… mereka dah siap siap buat 2-in-1 coffee pack, okeh? And, I think it is a good move sebab kekadang tu kita rasa tak sempat nak menyinggah kedai kopi nak satisfy coffee cravings kan? Haaa… now that we have this 2-in-1 pack, hey dah boleh minum kopi Kafe Best Di KL ni kat mana mana dah lepas ni!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Photo credit: Khatulistiwah. Dah siap siap add on with gula! Mudah kan?

 

Also, kalau awak rasa busy sangat dan susah nak keluar dari rumah? You can always order your coffee online tau! Boleh order siap siap dari Khatulistiwah Store! Senang kan? Nak tahu apa lagi produk mereka ada, boleh lelaju pi klik Khatulistiwah Store ni tau!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Photo credit: Khatulistiwah. “Hanya kopi yang mampu buat kau tersenyum!”

 

Kedai Kopi Best Di KL

Photo credit: Khatulistiwah. Pekaka Api ni my ol’ time favourite kat sini!

 

And, Khatulistiwah Cafe iaitu Kafe Best Di KL ni juga dah tersenarai dalam vendor di GrabFood dan Food Panda okeh? Uish… cool or what? Also, awak boleh cecepat ke website mereka di Khatulistiwah Cafe, okay?

 

 

 

KAFE BEST DI KL: KAT MANA KHATULISTIWAH NI SEBENARNYA?

 

So, dah cerita pot pet pot pet segala… mana sebenarnya lokasi Kafe Best Di KL ni actually? Mudah je nak ke sana. Awak tahu Zoo Negara tak? Kalau drive dari sana, tak sampai 5 minit pun tahu ke? It’s so close, so accessible and tak perlu nak hadap jem segala! Sangat mudah kan nak rasa kopi terbaik di Kafe Best Di KL?

 

Khatulistiwah Cafe

Senang je nak cari kan?

 

Kat sini Cik Lisa kongsi lokasi Waze dan Google Maps untuk awak senang nak cari. Lepas tu, boleh lah kongsi cerita dengan Cik Lisa apa yang awak rasa lepas rasa kopi kat sini.

 

Google Maps: https://goo.gl/maps/TbREk66WfTH2

Waze: https://waze.com/ul/hw28672m4r

 

 

 

KAFE BEST DI KL: ACARA ISTIMEWA KAT SANA MINGGU NI?

 

Haaa… selain dari kopi yang istimewa di hari hari biasa, Kafe Best Di KL ni juga ada acara istimewa yang berbeza beza untuk setiap pengunjungnya tau! Ada banyak juga yang Cik Lisa dah join sama. Hari tu ada event open mic… so ada ramai lah penyanyi yang hebat hebat semuanya berkumpul and nyanyi sama sama.

 

Kedai Kopi Best Di KL

Persediaan untuk malam ni!

 

Ada juga ala ala open day kat sini beberapa ketika sudah! Macam macam acara yang ada… and yang paling Cik Lisa tokleh lupa bila mereka anjurkan acara The Heat Challenge! Makan cili api hidup hidup weh! Haha. Apa lagi, berair lah mata setiap peserta! It was good fun! And, of course lah ada cabutan bertuah and the main prize was: supply of one coffee a day (for a year!) by Khatulistiwah Cafe! Oh mannn, how cool is that?

 

Kedai Kopi Best Di KL

Cantik kan ukiran di dinding Khatulistiwah Cafe ni? Haaa… itu hasil nukilan ayah kepada pemilik kafe ni tau!

 

Apa yang Cik Lisa boleh kata is that: mereka betul betul tahu untuk jaga hati customer. Because of that, kat sini ramai regular customer tau. Although, ada banyak kedai kopi lain yang tumbuh bagaikan cendawan di kawasan persekitaran! And, me? Oh yeah… I’ll vouch for them… anytime of the day. Anytime, bebehhhh!

 

 

ANDY’S BBQ MINGGU INI DI KHATULISTIWAH CAFE

 

Nama Andy’s BBQ dah tak asing lagi bagi peminat BBQ cuisine and meatlover kan? So, untuk event minggu ini… Kafe Best Di KL buat kolaborasi (collaboration) bersama Andy’s BBQ tau! So, peminat BBQ dan daging di luar sana… jangan lepaskan peluang untuk rasa the tastiest and yummiest meat ever!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Andy’s BBQ malam ni kat Khatulistiwah Cafe!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Thanks, guys! Kerjasama nak amik gambar petang tadi masa sibuk mereka bersiap! Haha.

 

 

Kedai Kopi Best Di KL

Menu mereka di Khatulistiwah minggu ini! 🙂

 

If ada antara awak yang tak pernah dengar lagi tentang Andy’s BBQ ni… haa, mereka merupakan antara restoran Western dan BBQ yang terkenal di Kuala Lumpur tau! Antara kelebihan Andy’s BBQ berbanding dengan restoran Western yang lain adalah… sos BBQ yang sedap sampai menjilat jari tu!!! Texas style BBQ sauce tau! Oohh, sambil tulis ni pun Cik Lisa dah meleleh air liur haihhh! So, yumssss!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Photo credit: Andy’s BBQ. Nampak sedap tak menu mereka ni? Haa… apa lagi? Mai lah datang sini malam ni.

 

Kalau tak suka daging sangat? Well… don’t worry! Andy’s BBQ ada juga sediakan juadah lain yang berbeza. Antaranya: Cheesy Smoky BBQ Taco! Ooh, yummm! And more… Pico de Gallo? Oh my, oh my! And kalau nak tahu lagi tentang menu mereka yang lain yang sedap meleleh dan menjilat jari tak henti henti? Apa kata awak ke Kafe Best Di KL (Khatulistiwah Cafe) malam ni (1 Mac 2019) atau esok sepanjang hari (2 Mac 2019) sebab Andy’s BBQ akan berada kat sana dan serve you the best BBQ menu ever!

 

Kedai Kopi Best Di KL

Photo credit: Andy’s BBQ. Taco hidangan famous di Andy’s BBQ!

 

 

Kedai Kopi Best Di KL

Photo credit: Andy’s BBQ. OMG! Pico de Gallo, homaigod!! Looks yummmm kan?

 

 

KAFE BEST DI KL: AWAK DAH CUBA, NANTI BERITAHU SAYA!

 

So, dah macam macam Cik Lisa pot pet dari tadi… apa kata awak alaminya sendiri? Jom lah kita sama sama ke sana. Nak ke mana? Ke Kafe Best Di KL tu lah. Khatulistiwah Cafe lah, mana lagi? And, sesapa yang ada terasa hati nak ke sana malam ni, kalau berjodoh inshaAllah kita akan jumpa kat sana. Sebab rasanya, mungkin Cik Lisa nak ke sana juga. Takkan nak lepaskan peluang untuk turut serta rasa daging empuk Andy’s BBQ sambil hirup iced latte favourite Cik Lisa tu kan?

 

Kedai Kopi Best Di KL

Menu kat dalam Kafe Best Di KL ni pun sedap mata memandang kan?

 

Therefore, rasanya… cukuplah takat ni Cik Lisa kongsi cerita tentang Kafe Best Di KL yang jadi idaman hati Cik Lisa ni. And, kalau ada peluang… nanti Cik Lisa kongsi lagi cerita dan review best tentang tempat tempat favourite Cik Lisa awak ni. Okay?

 

Bye.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *