Ayam Goreng Rangup 4Fingers!


Apakah yang heboh sangat orang dok cerita pasal betapa Ayam Goreng Rangup di 4Fingers ni? Kalau ianya hanya setakat ayam goreng je… then kenapa yang masing masing kalut sungguh nak bercerita tentangnya? And, kali ni Cik Lisa pun nak turut sama join the wagon untuk bercerita tentang ayam goreng ni juga? Onar apakah yang sedang melanda negara kita? Like, hebat sangat ke rasanya? Sampai jadi pujaan hati setiap insan? So, adakah awak pun dah cuba?

 

Ayam Goreng Rangup Korea

Nampak sedap kan? Memang sedap!!!

 

AYAM GORENG RANGUP 4FINGERS: AYAM K-POP RUPA RUPANYA!

 

Mula mula Cik Lisa pun sama macam awak juga. Dok tertanya tanya sendirian… apa lah yang syiok sangat masing masing tak keruan. Asal nampak je orang kata dan bercerita tentang Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni kan… tak pernah lah tak penuh seluruh restoran! Dah lah kerusi jarang jarang sekali tak berpenghuni. Queue (baca: barisan) nak order di kaunter pun boleh tahan jugak panjangnya! Tak putus putus orang keluar masuk dari kedai pilihan orang ramai ni tau! Lagi lah teruja nak tahu siapa pemiliknya, apa istimewanya, kenapa semua sakan ke sana?

 

Then, dari hari ke hari… Cik Lisa tak puas hati. Terus lelaju buat research sendiri nak cari kisah sebenar di sebalik Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni. Nasib baik ada Google kan… taip je satu keyword, fuhhh macam macam informasi keluar berderet okeh? And, that is how I got to learn apakah dia sebenarnya Ayam Goreng Rangup 4Fingersย ni ghupanya!

 

Dari setiap informasi yang Cik Lisa jumpa di sana sini… mission sebenar 4Fingers di sebalik Ayam Goreng Rangup dan garing di 4Fingers mereka ni. Cita citany, adalah untuk bawak rasa Asia ke peringkat antarabangsa! Dan mainly… they have the yummiest Korean-style fried chicken! And, memang tokleh nak sangkal lagi. The fried chicken taste amazinggg! Surprisingly, Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni asalnya dari Singapura dan bukan Korea seperti yang Cik Lisa sangka. Wahhh, lagi kagum lah Cik Lisa dibuatnya!

 

 

 

AYAM GORENG RANGUP 4FINGERS: PEMINAT K-POP ADALAH PENGUNJUNG SETIA MEREKA!

 

Kalau dulu, masa ‘demam K-pop‘ melanda… uish semua anak anak muda sakan belajar bahasa Korea kan? Mana taknya… yang retis retis Korea tu lah. Semua muka jambu dan comel comel belaka. Haruslah belajar bahasa Korea beria ia. Baru faham bila nak sing-along kalau pi concert mereka. Kan?

 

4Fingers Ayam Rangup Korea

Jambunyaaa lahai masing masing? But, sadly… Cik Lisa tak minat lah pulak K-Pop ni. Hoho.

 

Haha. Rupanya… bukan setakat retis retis je yang ada sekarang ni kan? Ayam Goreng Rangup Korea pun dah dapat tempat di hati penduduk negara kita! Kalau dulu cuma retis retis yang jadi pujaan hati, tapi sekarang rasa yummy dan Ayam Goreng Rangup 4Fingersย  (pujaan hati ai, okeh?) pun turut sama menggoda jiwa raga ni! Bila dah suka K-Pop, anything that goes with them… SOLD BIG TIME lah ceritanya!

 

 

 

AYAM GORENG RANGUP 4FINGERS: APA KELEBIHAN AYAM GORENG RANGUP NI?

 

But, mesti awak tertanya tanya… but apa bezanya Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni dengan ayam goreng tempat lain? Ayam goreng nak beza cemana sangat kan? Again… ayam goreng je pun? Kannn? Still, kenapa orang suka sangat nak cari Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni? Apa istimewanya dia? Apa kelebihan ayam rangup kat sini?

 

Ayam Goreng Rangup Korea

Superyumss okeh? Uish… rugi tak makan! ๐Ÿ™‚ And #nofilter ni ya? Gambar sebenar ayam feveret ai ni okeh?

 

Well, this is the best part of all… memang Ayam Goreng Rangup di 4Fingers ni berbeza beria ia dari tempat lain tau! Nak tahu kenapa? Mai sini Cik Lisa nak cerita kat awak hari ni. And, bila Cik Lisa tahu kelebihan ayam ni sendiri… uish macam nak menitik air mata terharu dengar! Haha. Nak tahu dak?

 

 

 

AYAM SEGAR DARI LADANG

 

Tahu ke… setiap ayam yang mereka guna adalah ayam ayaman yang segar dari ladang! Bukan ayam cucuk, bukan ayam sembelih bukan bukan, bukan ayam yang muda muda dah kena korban… But, mereka gunakan ayam yang sopan untuk dikorban! Meaning, ayam dah cukup sifat dan layak dijadikan makanan! Bukan ayam paksaan dan dicucuk ubat nak besar dan segar bugar tanpa rela! So, logik lah Cik Lisa rasa betapa syiok makan Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni kan?

 

 

TANPA BAHAN PENGAWET ATAU PERASA TAMBAHAN

 

Hoih! Betul ke cerita ni? Tak mungkin lah kan? Mana mungkin ‘fast food chain’ tak guna sebarang bahan pengawet atau perisa tambahan? Nak goreng ayam, sah sah wajib nak peram. Entah entah kasi kita semua makan ayam frozen yang berbulan bulan? Who knows kan? Ehemmm! Adakah sebab tu kita boleh rasa betapa lazatnya Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni eh? Di sini, mereka war warkan pada semua yang setiap hidangan adalah tanya sebarang bahan pengawet atau perasa tambahan! They are solely keeping it real, bebeh! REAL!

 

 

SOS YANG DIBUAT LAZAT

 

Yes, yes and yes! Ini bukan kisah pong pang pong pang semata mata. But this is really… the real story of ’em all! Kalau sesetengah tempat yang ada… mereka akan guna sos yang dah disimpan lama. Atau yang peket peket bertahun dulu lagi. Tapi, dengan syiok dan tahu betapa ‘layan’ makan Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni… setiap sos yang ada dibuat sendiri oleh mereka! Wahhhh! Awesome ke cemana?

 

 

 

 

AYAM GORENG RANGUP 4FINGERS: BILA LAGI AWAK NAK CUBA?

 

So, awak ada pernah cuba ke belum ayam goreng ni? Kalau belum, tunggu apa lagi? Ini lah masa yang sesuai untuk awak cuba dan rasa sendiri kehebatan ayam ni okeh? Bukan lah Cik Lisa nak puji betapa sedapnya Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni lelebih, tapi serius lah! Ini yang terbaik Cik Lisa pernah rasa selama ni! And with the fact that ayam goreng mereka ni banyak kelebihannya… hoih, I AM SOLD! Haha.

 

Ayam Goreng Rangup Korea

Tak senonoh kan? Tapi, bila dah jumpa ayam idaman kalbu? ๐Ÿ™‚

 

Ada macam macam menu untuk rasai betapa menyelerakan Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni, but then again berkali kali Cik Lisa dok cuba selama ni… cuma tertawan hati dengan Drummettes & Wingettes yang yummy tu okeh? Mereka ada je menu yang lain sebenarnya, tapi sebab hati dah tertawan dengan yang ini… nak buat cemana kan? And, tak satu pun ayam yang kita makan akan rasa beza dengan suapan yang lepas tu. Basically, the standard ayam ayaman mereka adalah yang terbaik! Terbaik gittew, okeh?

 

Ayam Goreng Rangup Korea

Awak bila lagi? Nak belanja saya pun okay jugak! ๐Ÿ™‚

 

Tapi tu lah… Cik Lisa nak cerita lebih pun, macam susah kan kalau awak tak pernah rasa lagi? So, nasihat Cik Lisa untuk awak hari ni adalah untuk cecepat cari di mana dan rasa betapa berbaloi baloi untuk makan Ayam Goreng Rangup 4Fingers. Then, lelaju drive ke memana lokasi Ayam Goreng Rangup 4Fingers yang dekat dengan awak. Beli satu set untuk awak cuba dan rasai kehebatannya! Baru kita boleh sembang lagi sesama. Deal?

 

 

 

AYAM GORENG RANGUP 4FINGERS: KALAU MAKAN BANYAK, CEMANA PULAK?

 

And, kalau risau lepas ni makan banyak ayam dan berat badan naik berpam pam… ha toksah risau ya? Awak boleh lelaju baca tips yang Cik Lisa kongsi di 5 Cara Mudah Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat. And, kalau awak jenis macam Cik Lisa yang pipi superpau… boleh dengan pantas baca 3 Tips Mudah Untuk Kecilkan Pipi Super Pau Kita. Haa, okay dak?

 

Ayam Goreng Rangup Korea

Cik Lisa selalu tapau… servis depa baguih! Laju… itu yang kita mahu! Cik Lisa pi branch Wangsa Maju… okay sangat! ๐Ÿ™‚

 

Baiklah, awak. Sampai sini saja entri Cik Lisa untuk hari ini. Kita jumpa lagi dalam my next entry lepas ni, ya? Nanti jangan lupa kongsi dengan Cik Lisa bila awak dah cuba ayam goreng ni tau. Cik Lisa nak tahu jugak, kot lain pendapat awak tentang Ayam Goreng Rangup 4Fingers ni kan?

 

Ada yang suka makan daging instead of ayam ke? Kalau ada… ha, boleh baca entry Cik Lisa yang dulu tentang 3 Tips Makan Daging Di Hari Raya, okay?

 

Kita jumpa lagi nanti, ya?

Bye.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *