3 Kelebihan Hidup Single 3


Cik Lisa nak cerita tentang 3 Kelebihan Hidup Single? Well, itu lah dia. Bila setiap kali orang tahu yang Cik Lisa ni dah jangkau usia 38 tahun kan… aduh, mesti ada yang lelaju tanpa segan silu bertanya:

 

Kenapa Cik Lisa terlalu nak memilih calon suaminya?

 

Haha. Nak kata cemana? Tapi, hari ni Cik Lisa nak kongsi cerita: apakah dia 3 Kelebihan Hidup Single ni sebenarnya.

3 Kelebihan Single

 

 

3 Kelebihan Hidup Single: Apa Motif Sebenarnya Kita Cari Partner? 

 

First of all, Cik Lisa rasa awak kena tanya diri sendiri tu actually. Kenapa awak lelaju nak cari partner? Because nak ada somebody yang awak boleh introduce and announce to the whole world ke?

 

Eh, kenalkan boyfriend I; Chris Hemsworth. Alaaa… yang berlakon dalam movie Thor tu. Mesti lah kenal kan? Sebab boyfriend I kan terkenal! Sebab tu lah dia jadi boyfriend I ni tau!

  

Again, cuba tanya diri sendiri. Kenapa sebenarnya awak nak ada teman? Sebab dalam diri penuh rasa kasih sayang yang melimpah ruah? Atau, rasa seronok bila buat benda berdua… dari sorang sorang diri setiap hari? 

 

 

Peer Pressure Ke Sebenarnya?

 

Or, sebenarnya cuma peer pressure yang beria ia? Mata dok kerling kiri dan kanan, aiseh… semua pun berpasang pasangan? Jadi, rasa jealous buak buak dalam hati sebab tu cari satu untuk jadi cinta hati? Tapi sebab si dia cuma calon tangkap muat. Tak adalah rasa cinta di hati whole heartedly?

 

3 Kelebihan Single
  

At least ada somebody, okeh? Better dari you tu yang single like forever kan? At least jugak I tak tua sorang sorang like you do and God forbid if anything happen to you, babe you sorang tau nanti?! Howww?

 

 

Atau Cuma Nak Tutup Mulut Mereka Tu?

 

Oh wait! Atau… sebab nak tutup mulut makcik dan pakcik sendiri? Tiap kali raya tiba, asyik dok tanya tak berhenti. Dah macam itik serati. So, apa lagi? Jalan pintasnya, cari je yang mana ada. That will shut them up, eventually kan? 

 

Is that the real and actual reason awak berpasangan selama ni? Hanya semata mata nak tutup mulut makcik dan pakcik sekalian tu ke? So, you rather end up with just anybody? Like that?

 

Reallyyyy?

 

Kalau awak pilih si dia because rasa sayang kat dia kan… Alhamdulillah, syukur pada Allah. But, if you choose the person purely sebab wujud rasa peer pressure?

 

Or do you care too much orang nak kutuk kutuk kita sebab masih tak berpunya? And hanya kerana nak cover diri sendiri dari tohmahan dan pot pet jiran tetangga yang super kepochi tu ke? Haihh, kalau tu lah alasan awak ni sebenarnya, sungguh Cik Lisa tak tahu lah nak cakap cemana.

 

 

 

3 Kelebihan Hidup Single: Berpasangan Bukanlah The Only Ibadah Untuk Kita Kat Dunia Ni

 

YES, Cik Lisa tahu… berkahwin tu merupakan satu ibadah untuk kita orang Islam kat dunia ni. Perkahwinan jugak perlu diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah. Berkahwin, niatnya kerana Allah. Bukan niatnya nak tutup mulut pakcik makcik yang bertanya masa kenduri kendara itu hari!

 

 

Kerja Itu Pun Ibadah

 

Selain kahwin sebagai ibadah dalam Islam, ada banyak lagi ibadah yang diturutkan agama. Contohnya: kerja. Itu pun ibadah jugak tahu dak? Kita hari hari pergi kerja tu… dah dapat pahala tau.

 

Sebab kerja tu pun merupakan ibadah untuk kita kat dunia ni. Bukan hanya nak dapat duit gaji buta buta gittew je selama ni. So, sebab tu jugak lah kita kena ikhlos bila bekerja. Tokleh half-heartedly… but has to be whole heartedly. Baru lah afdol, kata ustaz.

 

Anyway, having said that… bukan tak ada orang yang rata rata dok seringkali kata kat Cik Lisa selama ni berulang kali… bersungguh benar masing masing dok sakan cakap itu dan ini: 

 

Kahwin ni ibadah tahu dak? Kau tu memilih sangat. Tengok macam aku ni, dah buat ibadah dah. Aku kawin awal awal dulu tawww! Kau tu… tak baik buat camni. Orang Islam apa gini? 

 

 

Bila Dah Kahwin, Selesai Satu Ibadah… Jadi, Yang Lain Tak Perlu Nak Buat Dah?

 

Memanglah bagus, kalau dah ditemukan jodoh di awal usia. Tapi, kalau sakan dok sibuk cari pasangan… but time kerja kejap ada, kejap tak ada. Ha, tu apa cerita?

 

Asyik dok tukar kerja sana sini. Asyik ada je benda yang tak kena. Kata boss kat situ horror lah, boss kat sini cerewet sangat lah… alih alih, lompat kerja setiap dua bulan sekali? If that is the case, then apa cerita ibadah awak tu pulak kali ni? Ibadah kerja tu… cemana?

 

So, tak semestinya awak tak ada pasangan kali ni… awak tak cukup ibadah kat dunia ni. Jodoh ni rahsia Allah… ada yang datangnya awal dan ada yang lewat munculnya dia. Ada jugak yang tak mungkin berkunjung, tapi inshaAllah kita jumpa di akhirat nanti kan? Siapa kita nak persoalkannya? 

 

 

 

3 Kelebihan Hidup Single

 

For that reason, Cik Lisa nak share hari ni tentang 3 Kelebihan Hidup Single kat muka dunia ni. Ceewah! Haha. Eh, tapi sebelum tu Cik Lisa nak cakap awal awal dulu. Kot lah kalau ada yang tersalah anggap ke kan? 

 

But, Cik Lisa bukanlah somebody yang anti-relationship or whatsoever. I have had my fair share of relationships jugak sebelum ni. And I am not against anyone who is married or in a relationship tau! Haha. 

 

Cumanya, at the moment… Cik Lisa single dan Cik Lisa rasa nak share apakah dia 3 Kelebihan Hidup Single. Sebab rata rata pendapat tipikal kat luar sana selalu kata:

 

Elehhh, single sampai ke tua nak buat apa? Sibuk sangat dengan kerja tu dah kenapa? Mesti dia tu memilih sangat… dia lupa ke dia tu bukannya makin muda? Confirm hidup dia single tu boring giler. Dah lah makin berusia!

 

So, apakah dia 3 Kelebihan Hidup Single ni sebenarnya? Awak nak tahu dak? 

 

 

Ada Lebih Masa Untuk Ibu Bapa Kita

 

Antara Kelebihan Hidup Single, kita boleh spend time lebih dengan ibu bapa kita. Bukan nak kata kalau dah kahwin nanti, tak dapat nak jumpa mereka lagi. Tapi… bila kita masih single, kita ada banyak masa dengan mereka.

3 Kelebihan Single
  

Nak pegi makan bersama… dan dan tu terus on! Tak perlu nak tanya isteri ke, somi ke, siap siap anak ke. But setiap decision kita tu, dan dan tu dah boleh decide. Nak bawak pergi bercuti, lagi mudah actually. Beli tiket flight untuk kita dan mereka. Tak ada lah nak campur dua tiga kepala lagi… sebab kita masih single. Kan?

 

Mungkin sekarang ni, Allah tak temukan jodoh kita dan si dia tu lagi… sebab nak suruh kita luang lebih masa dengan orang tua kita. Selagi mereka tu masih ada dengan kita. Kan?

 

 

Boleh Buat Apa Yang Kita Suka

 

Masa kita single ni lah, kita boleh buat apa yang kita suka. Toksah nak pikir apa orang kata. Boleh buat ikut dan kita je. Ini antara Kelebihan Hidup Single yang paling Cik Lisa suka!

 

Macam yang awak tahu, Cik Lisa memang paling suka travel ke sana sini. Itu antara cita cita Cik Lisa buat masa ni. Kalau boleh nak travel the world… semua tempat pun nak pegi. Itu passion Cik Lisa actually.

 

3 Kelebihan Single
  

Since sekarang ni Cik Lisa masih single lagi, sebab tu Cik Lisa boleh buat semua tu tanpa perlu nak pikir orang lain kan? 

 

Ia tak semestinya hanya untuk travel, but ikut lah apa passion awak pulak. There is no boundaries to the things that you want to do kan? Whichever it is, masa single ni lah awak patut buat semua ni. 

 

 

Ada Lebih Masa Untuk Baiki Diri Sendiri

 

Ini macam bonus sebenarnya. Tak semua orang dapat peluang yang sama. Bila kita masih single… tak kira di usia muda atau tua. Itu adalah peluang untuk kita baiki diri sendiri. 

 

Some people akan kata, 

 

Hahhh! Tu lah kau. Hidup tu tak berlandaskan agama. Sebab tu kau tak kawin kawin sampai sekarang. Itu lah dia balasan dari Allah. 

 

Wahhh! Mudahnyaa nak berkata kata kan? Although you are married, that doesn’t really mean that you’re the greatest human on earth, dude. And siapa awak tu sebenarnya untuk jatuhkan hukuman dan tohmahan kat kami semua ni?

 

 

 

Hadiah Dari Allah Untuk Kita

 

Macam kata Ustaz Zarifi

 

Hadiah kiriman Allah kepada hamba-Nya adakala ia” dibungkus” dengan penuh cantik dan menarik. Pabila dibuka bungkusan itu, isinya cantik. Adakala juga hadiah itu dikirim Allah dengan “bungkusan” yang tidak menarik, tidak cantik, bergumpal. Pabila dibuka, isi hadiah itu tetap cantik. 

 

So, kita patutnya terima keadaan yang kalau kita masih single, it is still somehow a blessing from God. Hadiah dari Allah untuk kita ‘kecapi’ Kelebihan Hidup Single. 

 

3 Kelebihan Single
  

And, masa ni jugaklah untuk kita perbaiki diri kita untuk jadi somebody yang better from who we were yesterday. Betul kan? 

 

 

 

3 Kelebihan Hidup Single: Biar Orang Berkata Kata, Tapi Kita Tahu Diri Sebenar Kita

 

Memang susah kita nak tutup mulut orang kan? Takkan lah setiap kali orang tegur, kita nak lelaju tekap tangan kat mulut dia? Haha.

 

Buat apa kita nak kisah mereka nak cakap apa? For all that we know, sometimes orang yang seronok nak kata itu ini tu… bukannya kenal kita rapat mana pun. Biasalah… tak ada drama, tak syiok lah hidup kita. 

 

3 Kelebihan Single
 

Lagi lagi pulak, kalau dah ada budaya yang memasing tanam dalam jiwa… kalau dah berusia, tapi tak kahwin lagi tu maknanya dah tak laku lagi. Sometimes, ada jugak yang kata; kalau dah tua… tapi tak kahwin lagi sebabnya ada masalah jiwa mental yang beria. 

 

Really? 

 

Haha. Bukan awak sorang je. Cik Lisa pun pernah je kena macam macam kata dari orang keliling kita. Memula… YES, memang lah terasa. Tapi, buat apa nak terasa kalau kita sendiri tahu yang mereka tu bukan tahu apa apa pun pasal kita. 

 

Dan… it all comes to one root pun akhirnya;

 

Jodoh tu rahsia Allah. Buat apa kita nak kisah apa orang kata. Kalau Dia kata encik / puan tu bukan jodoh kita… tak kemana jugak walau dah bercinta sedekad pun kan? So, why bother? 

 

 

 

3 Kelebihan Hidup Single: Usaha Nak Cuba Ubah Persepsi Sampai Cik Lisa Keluar TV!

 

Haha. Finally, punyalah Cik Lisa cuba dan usaha untuk ubah persepsi orang tentang ni kan? Tiba tiba and one fine day (night, actually!)… tup tap tup tap, Cik Lisa dijemput pulak untuk keluar tv dan sembang santai tentang ni!

 

Dah lah kita ni level ‘anak anak ikan bilis’ je sebenarnya… tapi, rezeki Allah nak bagi. Bilis yang entah sapa sapa… tetiba dapat five minutes fame untuk muncul di kaca tv! And eventually, cerita pasal topik hangat camni pulak tu!

 

Hoih! Mana tak cuak? Kalau setakat Live FB Cik Lisa selama ni… berapa sangat lah orang yang tengok kita kan? Haa… ni satu Malaysia kot!

 

But Alhamdulillah, Cik Lisa syukur sangat dengan opportunity yang pihak TV3 kasi. Terharu tu tak habis lagi lah sampai hari ni, actually.

 

Kot lah ada yang komen ‘gaya persembahan’ tak kena ke, ‘skrip or ucapan’ tak ikut terma tv ke… maaflah ya? Sebab truthfully, that was my one and only time ever appeared on telly! Jakun lah sikit kan?

 

 

Slot Cik Lisa di MHI TV3 – 7 Februari 2019

 

So, untuk sapa sapa yang tak sempat tengok Cik Lisa keluar tv hari tu… ini hadiah ikhlos dari Cik Lisa untuk awak tauuu!

 

 

 

And almost impossible lah nak percaya, but tu lah… Allah kata setiap apa yang kita impikan, ianya pasti datang! Ceewah! Haha. But sungguh ni cerita ni. Bukan main main tau!

 

Sebab since Cik Lisa muda remaja dulu, Cik Lisa pernah tengok Ally Iskandar kat tv. And since that jugak lah Cik Lisa cakap kat diri sendiri;

 

Ish… pandainyaaa Ally Iskandar ni cakap kat tv. Tapi, tu lah… mati hidup balik pun, takkan lah nak ada peluang jumpa Ally ni kan? 

 

3 Kelebihan Single

3 Kelebihan Single


On the contrary, ha… who knows? If Allah’s will, it will happened eventually kan? And there I was sitting next to my idol and it was live on telly, okay? Siapa sangka kan? Si bilis yang entah sapa sapa ni… haha. Alhamdulillah, rezeki Cik Lisa Allah nak kasi. 

 

Macehhh TV3 dan pihak MHI!

 

 

 

3 Kelebihan Hidup Single: Kata Cik Lisa Untuk Yang Sama Kapal Dengan Saya?

 

Truthfully, yes Cik Lisa tahu sometimes it is painful bila orang lain sibuk dengan pasangan… tapi kita terkonteng konteng sendirian. Similarly, bila dijemput ke kenduri kahwin kan? Kot lah yang buffet setting okay jugak lagi. 

 

But, bila dapat invitation yang duduk di meja makan tu? Homaigoddd! The worst ever kan? Haha. I feel you guys yang rasa sama macam Cik Lisa. Dulu Cik Lisa pernah tulis something yang macam ni dalam Single Itu Indah, Tapi… 

 

3 Kelebihan Single
  

Anyway, Cik Lisa masih lagi maintain my position whereby Cik Lisa rasa awak patut chill je. Jika masih single dan tak berteman… tak perlu nak rasa segan and terbeban. It is really not the end of the world, kan?

 

Well, Cik Lisa rasa sampai sini je pot pet Cik Lisa untuk kali ni. Ampun dan maaf kalau entri kali ni panjang berjela. Haha. Dah lama Cik Lisa tak menulis… ha, camni lah jadinya.

 

And, kalau ada yang nak berkongsi cerita… hey, you can always count on me okay? But if not, Cik Lisa nak cakap thank you jugak sebab sudi singgah baca entri kali ni yang panjang berjela. Thanks so much and see you again in my next entry, inshaAllah.

 

Assalamualaikum.


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 thoughts on “3 Kelebihan Hidup Single