Hari ni Cik Lisa nak share Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara. Best takkk?
Haritu Cik Lisa ada pot pet tentang 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara dan Cik Lisa ada masukkan life experience Cik Lisa sendiri. Tapi, bila cerita pasal Belajar Di Luar Negara je… mesti semua nak kata itu hanya untuk golongan mereka yang ada ada (baca: kaya raya). Awak rasa cemana?
Kalau ada baca entri blog Cik Lisa baru baru ni bertajuk 3 Kelebihan Belajar Di Luar Negara, ini kira sambungan kisah hari tu lah ni.
CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – MINDSET TIPIKAL MASYARAKAT SETEMPAT
Ini lah dia mindset orang tipikal. Asal dengan luar negara, lelaju nak kata diri tak mampu. Secepat kilat nak buat kita tetiba tak rasa berapa nak semangat. Semudah tu je nak kata ianya hanya untuk mereka yang ada ada, yang kaya raya sebab nak pakai banyak duit belanja?

Tipikal mindset masyarakat kita memang boleh buat bikin pening!
Lagi satu perkara: kalau dengar je perkataan sambung belajar di luar negara, terus rasa rendah diri beria. Lagi lagi kalau result periksa cuma cukup cukup makan semata mata. Tak berapa nak score giler giler macam best student dalam kampus tempat awak belajar tu pulak.
Makin lah rasa diri tak setanding, mereka bagaikan si merak kayangan tapi diri sendiri ibarat gagak jalanan!
CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – DUNIA DAH SEMAKIN MODEN
Sekarang ni dunia dah semakin moden dan bergerak maju ke hadapan. So, obviously lah mindset tipikal tu dah tak berapa relevan. Sebab tu, now semua orang ada peluang yang sama rata regardless awak kaya raya atau papa kedana.

Banyak betul kursus yang ditawarkan!
Even, kalau result SPM awak tak berapa nak gah mana, awak tetap ada chance nak sambung belajar juga. Tapi, tak lah bermakna… so lepas ni SPM boleh main main je, since Cik Lisa kata result SPM tak perlu nak dapat gempak giler pun dah boleh pi belajar kat luar negara!
Haha.
Itu figuratively speaking… andai kata result tak berapa nak ohsem giler walau awak dah cuba sepenuh kudrat tenaga yang ada, masih ada peluang untuk sambung belajar. Bukan maksudnya boleh main main je SPM pasni… sebab result cun ke tak ke, still ada chance nak sambung study!
Jom kita tengok apakah Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara dengan mudah?
CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – YES ACADEMY ADA JAWAPANNYA!
Haaa…. YES Academy lah tempatnya. Last few weeks, Cik Lisa dijemput hadir oleh Yes Academy oleh Mr. Kumana Suriya untuk sesi tertutup bersama beberapa orang blogger dan sedikit jamuan raya disediakan (masa tu still minggu ketiga raya, so sakan lah kami dijamu pelbagai makanan yang yumms).
Dalam sesi santai bersama orang orang kuat YES Academy, kami diperkenalkan dengan YES Academy dan beberapa kursus yang ditawarkan untuk pelajar lepasan SPM.

Nasi beriani antara sajian yang ada! Best giler taww!

Nampak yummm kan?

Ayam masak merah tu is the bomb! Syiokkk taw!

Samosa and popia tak boleh dipisahkan… ceewah!
YES Academy dah bertapak kat Malaysia ni selama 20 years already dan dah melahirkan ramai graduan yang bijak pandai since then. Antara kursus yang femes ditawarkan oleh YES Academy ialah:
Diploma in Business Management
Diploma in Information Technology
Diploma in Graphic Design
ACCA Certified Accounting Technician (CAT)
CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – BETUL KE SEMURAH TU KOS NAK BELAJAR KAT OVERSEA???
Masa briefing santai sedang berlangsung, ada satu benda yang betul betul menarik minat Cik Lisa actually bila repeatedly mereka dok kata kos untuk kursus penuh selama tiga tahun (*2 tahun di Malaysia + 1 tahun di United Kingdom termasuk kos tempat tinggal / sara diri selama setahun) cuma memerlukan sebanyak RM 150,000 (approximately).

Miss Tan sedang briefing santai tentang kursus yang ditawarkan oleh YES Academy. Selepas briefing, we all berbual and Cik Lisa rasa lah kan, semua dari YES Academy ni memang sporting giler!
Murah ke murahhh?
*tempoh 2 tahun + 1 tahun tidak termasuk untuk Kursus ACCA Certified Accounting Technician (CAT)
Selain dari tu, pinjaman dan scholarship scheme pun ada jugak disediakan oleh YES Academy untuk membantu pelajar merealisasikan impian mereka untuk berjaya melalui YES Academy. Mungkin selama ni kita rasa susah, tapi YES Academy dah bantu untuk senangkan kerja kita dengan Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara kan?
CARA CARA SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – KELEBIHAN BELAJAR DI YES ACADEMY
Cik Lisa tak pernah masuk private college sebelum ni, tapi masa study dulu kengkawan Cik Lisa ada yang graduate dari beberapa kolej di sini. Paling koman sekalipun, kos untuk belajar di kolej swasta pun dah almost RM 30,000 hingga RM 40,000 satu semester (not even setahun okeh! mahal ke mahal?)
Itu tak campur kos untuk 3-4 tahun tempoh belajar dalam dan luar negara! YES Academy dah siapkan proper estimate agak agak dalam lingkungan RM 150,000 untuk tempoh 3 tahun (*dalam dan luar negara taww dan itu termasuk penginapan dan belanja ringkas harian!).
*kos (+/-) adalah berpandukan perbelanjaan asas.
Masa diberi taklimat santai oleh Ms. Tan Miang Lee (Managing Director for YES Academy), honestly I was surprised! Tak ke murah bebenor tu actually? Lagi lagi bila Cik Lisa memang tahu kos untuk belajar luar negara should be too expensive sebab tu ramai yang freak out dan tak terfikir pun untuk ke luar negara.
Kannn?

Antara blogger lain yang datang untuk sesi santai bersama YES Academy
Tapi, mesti dalam hati awak terdetik nak tahu… apa kelebihan YES Academy ni dengan kolej swasta yang ada kat luar sana (selain dari kos yang affordable yang Cik Lisa sendiri rasa it’s sooooo ahh-maaazingggg!) kan? Ni Cik Lisa nak pot pet pulak 5 kelebihan belajar di YES Academy dengan awak:-
KURSUS BUKAN HANYA BUKU TEKS SEMATA MATA
Dulu, kita biasa dengar orang kata,
“Alaahhh, nanti bila kau grad… kerja tak mungkin akan sama dengan apa yang kita belajar. Sebab dalam kelas tu, lecturer cuma ajar apa yang ada dalam buku teks. Tapi, dunia luar tak sama pun!”
Kannn? Tapi, tidak di YES Academy.
Sebabnya, setiap syllabus atau courses yang diajar di YES Academy dah pun dikaji selidik dan mereka dah pastikan yang setiap mata pelajaran yang diajar tu bukan based on buku teks / teori semata mata.

Mr. Wyatt Yap (lelaki berkaca mata dan berbaju biru) ialah CEO YES Academy, sangat humble!
Ianya based on actual events atau perkara sebenar dalam dunia pekerjaan so setiap student dah boleh bersedia nak hadapi dunia sebenar lepas mereka grad nanti!
Tak ada lah bila dah grad, terkejut sebab tak ada pun belajar benda tu dalam kelas dulu dulu. Sebab tu setiap graduate dari YES Academy lebih berkeyakinan tinggi nak hadapi dunia luar… berbanding dengan mereka yang belajar hanya berpandukan teori semata mata.
TENAGA PENGAJAR YANG PROFESSIONAL
Setiap tenaga pengajar kat YES Academy ni bukan calang calang orangnya. Mereka bukan sekadar lecturer yang baru graduate dan tanpa apa apa pengalaman kerja. Tapi, they were carefully selected satu persatu dan dah cukup piawaian baru lah boleh nak jadi lecturer kat sana.
Sebab YES Academy menitikberatkan kualiti tenaga pengajar sebab nak bagi the best untuk student mereka. Rata rata lecturer di YES Academy adalah mereka yang dah bertahun tahun berkerja dalam bidang mereka sebelum jadi lecturer di sana.

Nampak betapa beria we all berdiskusi? Haha. Cik Puan Rosniza (berbaju kurung hijau) ialah COO YES Academy. Beliau sangat sporting!
So, mereka memang tahu apa yang mereka kata dalam kelas kat semua tu. Bukan sekadar dok acah acah baca buku dan repeat benda sama kat student dalam kelas macam yang lelain tu.
Ohsemmmm kannnnnn?
PELUANG KERJA YANG MENARIK UNTUK SETIAP STUDENT
Kebanyakkan student yang keluar dari YES Academy akan dapat lebih peluang kerja yang menarik since banyak kompeni di luar sana tu tertarik dengan graduate lepasan YES Academy ni.
Dengar dengarnya, ada antara mereka yang tak graduate (masih dalam semester terakhir!) dah dapat offer kerja yang syiok syiokkk!

Ehem, ehemmm! Yang baju merah tu kenal kan sapa tu? Haha. Bersungguh Cik Lisa dengar briefing Miss Tan – sebab terkejut RM150K untuk ke UK!
Seronok kan sebab dah tahu yang ada peluang bekerja although tak habis semester pun lagi? Especially, sekarang ni bila ekonomi yang tak berapa nak okay dan ramai yang kata susah betul nak dapat kerja walau dah apply sana dan sini.
GROUP KELAS BERSKALA KECIL
Kelas kelas di YES Academy dipecahkan ikut skala yang kecil. So, tak lah reramai nak berebut rebut kerusi meja nak belajar sama sama. Bila ada dalam kelas yang berskala kecil, student dapat concentrate dengan lebih baik dan boleh belajar dengan lebih selesa.

Sesi bersama blogger yang lain berborak santai dengan team YES Academy yang banyak membantu.
YES Academy purposely buat macam ni untuk beri kemudahan yang baik untuk setiap student mereka. Sebab bila student rasa senang hati dan selesa nak belajar sama sama, baru lah mereka boleh berjaya dengan cemerlang!
BONUS BELAJAR TENTANG BISNES UNTUK SETIAP STUDENT
Selain dari tu, YES Academy jugak ada buat kolaborasi dengan iBosses Global Platform untuk menyediakan setiap student mereka dengan ilmu entrepreneurship. So, setiap student lepasan YES Academy akan ada lebih kelebihan atau plus point berbanding dengan graduate dari kolej kolej yang lain.
Seronokkkk dak?
CARA CARA SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – BERMINAT UNTUK TAHU LEBIH LANJUT?
Best kan offer yang mereka tawarkan?

YES! 50% potongan harga untuk CAT course di YES Academy! Sila rebut peluang ni!
Kalau berminat nak tahu lebih lanjut (sama ada untuk diri sendiri atau kenalan / sedara mara / etc.) all about Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara, Cik Lisa cadangkan untuk awak hubungi pihak kolej di:
YES Academy
C-0-5, Block C, Megan Avenue 2,
Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2710 0180 | Fax: 03-2710 0068
www.yes.edu.my
CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – SEMUA ADA PELUANG UNTUK BELAJAR KAT OVERSEA KANNNN?
Macam Cik Lisa dah pot pet sebelum ni, yeppp! Memang orang dok kata kita ni patutnya belanja tu biarlah berpada pada. Kalau tak ada duit or tak berapa nak mampu, toksah cuba nak belanja mahai sampai esok lusa dok sayu menangis syahdu!

Sebelum pulang, kami semua posing bajet bajet comeyyy haha… Ni bersama rakan blogger yang lain. Ala ala model YES Academy lah ni. Haha
Tapi, bagi Cik Lisa lah kan… kalau in regards to education dan untuk kita timba ilmu dan indirectly boleh improve our life eventually, apa salahnya kita cuba dan usaha untuk dapatkan yang terbaik?
Sebab ni kiranya macam investment (baca: tanam biji benih untuk hasil yang akan datang). Mungkin kita akan bertungkus lumus dari sekarang, tapi bila dah graduate dan ianya melibatkan satu tahun pengalaman belajar di luar negara? Tambahan pulak, kat any universities yang accredited worldwide pulak tu!
Tak ohsem ke gittew? Apa perasaan awak bila tahu mudah sungguh Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara dan YES Academy dah bantu mudahkannya?
CARA CARA NAK SAMBUNG BELAJAR DI LUAR NEGARA – KESIMPULANNYA?
The best ever kan sebenarnya? Bagai bulan jatuh ke riba! Bukan senang kita nak dapat offer setanding apa yang YES Academy dah siapkan untuk kita. Mudah kan bila dah tahu Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara?
Dan ini perkara yang Cik Lisa selalu dok ulang ulang kata: jangan bagi alasan yang kita dah tua untuk mulakan semula. Sebab untuk nak belajar, tak mungkin wujud definisi dah terlalu tua untuk bermula.
Rasa terdetik dan tergerak hati nak mula hari ni? Toksah nak pikir berhari hari… lelaju pi contact YES Academy hari ini jugak plis dan Cik Lisa doakan yang terbaik untuk awak, inshaALLAH.

Another one shot untuk awak semua! Haha.
Okay, thanks sebab sudi singgah baca pot pet Cik Lisa hari ni. Sampai kita ketemu lagi dalam next entry, inshaALLAH.
Tengs, awak dan assalamualaikum.
Kira oklah kos dia
Hellooooo! 😉
Haa… kannn?Cik Lisa pun terkejut jugak bila tahu amount tu masa tu.
Tapi, tak lah macam hidup mewah kat sana… but tempat tinggal (basic) dan sara diri
tu lepas lah. Still ok kan?
Wah menarik ni !
Nak SHARE kat kawan jap .. konfem dia suka merelikk ..
Hello lagi! Thanks sebab sudi nak pi baca entri berjela jela. Haha.
Ni baru sempat nak buka laptop, satgi kita pi blogwalking k?
Thanks again sebab sudi jenguk muka kat sini. Xx
Pingback: YES ACADEMY: MEREALISASIKAN IMPIAN ANDA MENJADI KENYATAAN – Gerbang Impian
Pingback: Cara Cara Nak Sambung Belajar Di Luar Negara – Gerbang Impian
Ini until diploma ke?
*Untuk
Hi Scha! Yep yep, nombor telefon kolej ada tertera di entri blog berikut. Jadi, maybe Scha boleh call dan tanya mereka dengan lebih lanjut okay? Terima kasih singgah blog Cik Lisa dan maaf baru hari ni sempat nak jenguk dan respon. 🙂
blh tak bgi email akk supaya saya blh tnya byk perkara berkenaan ini?
Maaf ya, Tuan Inany. Ada masalah dengan comment box dalam blog ni.
Mungkin dah terlambat ya?
Kalau tak, boleh email Cik Lisa di admin@ciklisawangi.com
Terima kasih. 🙂
Ini utk lepasan spm boleh ke?
Ye, boleh Sara. Adakah Sara masih berminat?
Kalau ya, nanti boleh email Cik Lisa di admin@ciklisawangi.com okay?
Take care dan terima kasih singgah blog Cik Lisa ya. Xx
boleh saya tanya, yes academy ni sesuai tak untuk yang habis diploma. saya nak belajar luar negara tapi tulah tak berapa faham pulak benda2 mcm ni
Hi Syalia. Terima kasih sebab sudi singgah blog Cik Lisa.
Maaf sebab ada masalah sikit dengan komen di blog ni, so Cik Lisa tak dapat notification untuk setiap komen ni.
Tapi kalau Syalia masih berminat, nanti Cik Lisa dapatkan nombor admin di kolej tu sendiri.
Syalia boleh contact Cik Lisa direct ke email admin@ciklisawangi.com okay?
Take care. Xx
Hiii cik lisa ..I’m so interested dngan yes academy ni hahahaha tapi ada ke course guaman..because I want to be a lawyer..and adakah yes academy ni adalah sebuah universiti?..yes academy ni ada ke kat australia?
Helloooo, Ellen! 🙂
Nanti Cik Lisa contact Ellen semula untuk pass number urusetia pihak kolej untuk soalan soalan Ellen okeh?
Sorry, baru berkesempatan nak masuk blog ni.
And thank you sebab sudi singgah ya? 🙂 Xx
Tetiba rasa nak sambung belajar luar negara pulak..tapi bila fikir balik nak tinggal mak ayah kat kampung sedih lah pulak. Tengah fikir lagi ni…nak sambung ke tidak..
Salam. Awak boleh contact pihak kolej tau untuk tahu lebih lanjut tentang pengajian kat sana. 🙂